Wenger jelas kecewa dengan Thierry Henry


Komen Thierry Henry mengenai Alexis Sanchez cetus kemarahan Arsene Wenger selain kecewa dengan komen tersebut.

Arsene Wenger jelas kecewa dengan komen yang dibuat oleh bekas pemain Arsenal yang juga lagenda kelab mengenai sambutan meraikan gol yang dijaringkan oleh Alexis Sanchez ketika menentang Crystal Palace pada penghujung tahun lalu.



Henry yang kini menjadi pundit selain menjadi penolong pengurus kedua kepada skuad kebangsaan Belgium menyatakan dimana skuad Arsenal kini bergolak ekoran pemain kebangsaan Chile, Alexis Sanchez yang dikatakan tidak mahu menyambung kontrak bersama Arsenal.

Dan pada perlawanan menentang  Crystal Palace baru-baru ini, Henry turut menyatakan dimana terdapat unsur-unsur yang tidak menyenangkan dikalangan pemain-pemain Arsenal apabila terdapat pemain yang tidak meraikan gol dijaringkan oleh Sanchez.
There is a division in the team. He is asking them to come. 'Why are they not coming? Don't you want to celebrate?'. You're not here for Alexis Sanchez, you're here for Arsenal. Arsenal scored. Go and celebrate. Whoever does it (scores), we don't care about that, go and celebrate with your team-mate. - Thierry Henry
Komen tersebut mendapat reaksi daripada pengendali Arsenal selepas perlawanan menentang West Brom yang berkesudahan seri 1-1 dan Wenger menyifatkan Henry 'kurang bijak' dalam mengeluarkan kenyataan serta komen tersebut.

Henry mengatakan ada pemain yang tidak meraikan jaringan gol Sanchez.
"Terdapat beberapa orang yang sentiasa mahu menimbulkan masalah" Wenger ketika mengulas mengenai kontroversi komen Henry.

Dan apabila ditanya secara khusus mengenai peranan Henry dalam isu-isu serta ulasan yang diutarakan itu, Wenger menjelaskan:

"Saya tidak mendengar apa yang dikatakannya dan kata orang lain. Kami hanya memberi tumpuan kepada masalah kita sendiri, itu sahaja"

"Ada orang yang dibayar untuk bercakap, kadang-kadang sukar apabila anda dibayar untuk bercakap, bercakap, bercakap dan hanya mengatakan perkara yang benar dan bijak."

Sanchez dibiarkan keseorangan meraikan gol?
Komen Henry yang merujuk kepada kapten Arsenal, Koscielny yang dikatakan tidak meraikan gol Sanchez turut dikicau semula oleh Bellerin pada laman Twitter beliau.

Alexis Sanchez ketika ini mendapat perhatian daripada kalangan pemerhati bolasepak ekoran tindakan beliau sebelum ini yang dikatakan tidak gembira bersama Arsenal dan mahu berpindah menyertai Manchester City.

Dan prestasi beliau juga turut dikritik akhr-akhir ini namun pemain ini telah berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Crystal Palace dan tendangan percuma beliau ketika menentang West Brom turut membuahkan hasil (walaupun dikira gol sendiri pemain West Brom) apabila menerjah gawang gol lawan untuk memberikan kelebihan buat Arsenal mendahulu West Brom 1-0 sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Post a Comment

Previous Post Next Post