Jack Wilshere bakal tandatangani kontrak baru


Masa depan Wilshere bersama Arsenal menjadi tanda-tanda apabila kontrak beliau bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Dan sehingga ke hari ini masih tiada perkhabaran yang menggembirakan diterima oleh peminat Arsenal dan juga peminat beliau mengenai rundingan kontrak terbaru beliau.



Difahamkan sebelum ini, Wenger mahu menyelesaikan kontrak  pemain ini pada Disember 2017 dan kita semua sedia maklum bahawa Wilshere tidak akan meninggalkan Arsenal selagi khidmat beliau diperlukan.


Pemain berusia 26 tahun ini telah mengisytiharkan cintanya terhadap kelab dan hasrat beliau untuk bermain bersama Arsenal bagi tempoh yang lama (mungkin selama-lamanya).

Namun karier beliau seringkali dicemburui dengan kecederaan dan ini menyebabkan proses penyambungan kontrak beliau menjadi sedikit sukar.

Dan khabar angin semakin kuat mengatakan bahawa pemain antarabangsa England ini akan meninggalkan Arsenal pada musim depan.

Pun begitu, kita tahu bahawa Wilshere sememangnya setia bersama Arsenal dan beliau tidak pernah berhenti mempercayai cita-cita beliau untuk tinggal bersama Arsenal bagi tempoh jangka masa panjang.

Bayangan Penyambungan dan Kekal Bersama Arsenal

Adakah Wilshere memberi bayangan bahawa beliau akan kekal dan telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal?

Wilshere, pada tampalan terkini dimedia sosial Instagram beliau telah memuat naik status yang mana  seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau kini telah berjaya menyelesaikan masalah kontrak bersama Arsenal.
After another set back, i never stopped dreaming and believing. If 2017 has taught me anything it would be NEVER GIVE UP!!! Love playing for this club and long may it continue. Looking forward to 2018,"  -  Jack Wilshere.

Post a Comment

Previous Post Next Post