Wenger terlalu lembut hati.

Kredit gambar: Straight From Naija

Arsene Wenger akhirnya mendedahkan bahawa beliau percaya Jack Wilshere mampu menjadi Kapten Arsenal walaupun pernah memberitahu kepada pemain tersebut bahawa beliau (Wilshere) boleh meninggalkan Arsenal jika mendapat tawaran lain.



Masa depan Wilshere bersama Arsenal masih menjadi tanda tanya memandangkan hanya beberapa bulan sahaja lagi  untuk beliau bakal menjadi pemain bebas (free agent) selepas gagal dalam rundingan bersama Arsenal mengenai kontrak baru.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa beliau (Wilshere) dibenarkan berunding dengan mana-mana pasukan lain selepas kembalinya beliau bersama Arsenal pada musim ini daripada kelab Bournemouth yang disertainya secara pinjaman musim lalu (2016/17).
I’m open with Jack. We have honest conversations. I’m open to what is the best for him. He is at the stage of his career where he needs to play and I can’t guarantee him that today. I think I’m quite open on that. If he gets back to his best and he wants to stay, we have to sit down, I think, later in the season.I don’t rule that out. - Arsene Wenger pada Ogos 2017.
Kegagalan beliau untuk membarisi skuad utama Arsenal pada awal musim mengukuhkan lagi dakwaan bahawa beliau mungkin tidak akan diberikan kontrak lanjutan (sambungan) bersama Arsenal.

Namun pada pertengahan musim ini menyaksikan beliau semakin selesa beraksi bersama skuad Arsenal selain berjaya mengekalkan kecergasan beliau (mengelakkan daripada mengalami kecederaan serius) disamping persembahan mantap beliau itu menyaksikan rundingan ataupun tawaran kontrak baru ditawarkan kepada beliau.

Pun begitu, tawaran kontrak baru itu dikatakan beliau (Wilshere) bakal menerima gaji yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima sekarang menyebabkan rundingan ini menemui jalan buntu.

Wilshere, 26 tahun menyertai Arsenal pada usia sembilan tahun (Oktober 2001) sering kali dihantui dengan masalah kecederaan yang menjadi punca mengapa kontrak kali ini tidak ditawarkan kepada beliau (pada awalnya - awal musim).

Bagaikan bangkit menafikan dakwaan tersebut selain berjuang demi membuktikan kehebatan beliau serta menunjukkan bahawa beliau masih berupaya menyumbang sesuatu kepada kelab, Wilshere akhirnya berjaya membuktikan dengan semangat dan usaha gigih beliau, beliau mampu untuk berada lebih lama bersama Arsenal.

Cuma menjadi satu isu ketika ini adalah berkaitan gaji yang ditawarkan kepada beliau. Mungkin merasakan bagaikan tidak dihargai kerana dikatakan Wilshere hanya mahukan gaji yang menyamai apa yang diterima ketika ini dan bukannya pengurangan gaji malahan tiada sebarang kenaikan yang dipinta oleh beliau berhubung kontrak baru tersebut.



Timbul persoalan yang mengaitkan Wenger dalam urusan tawaran kontrak yang dibuat terhadap Wilshere.
It’s frustrating not to be playing, because when you see the games you really want to be out there with them, but I trust the boss – he knows exactly what he’s doing. - Jack Wilshere, 2009. Kredit info dan gambar : Arsene Know Best
Mengenali Wenger yang mana beliau begitu mementingkan nilai-nilai yang mana mahukan pemain berjuang demi pasukan serta mencintai pasukan, tidak keterlaluan untuk mengatakan Wilshere di ibaratkan pemain yang 'dicintai' Wenger.

DNA Arsenal begitu sinonim dengan Wilshere dan Wilshere juga membesar bersama Wenger. Jika melihat kepada sejarah, Wenger tidaklah begitu kejam untuk melakukan Wilshere sebegini. Kisah pemain yang cedera yang 'dibela' Wenger sebelum ini membuktikan bahawa Wenger benar-benar seorang yang bertimbang rasa.

Tidak keterlaluan untuk melabelkan Wenger adalah seorang yang budiman.

Sebelum ini, Tomas Rosicky dan Abou Diaby merupakan antara pemain 'cedera' yang 'dibela' oleh Wenger.
Despite the severity of his various injuries, Arsenal took up the option to extend his contract for another year and Cazorla has thanked Arsene Wenger for his show of faith. - Metro UK.
Terbaru kes, Santi Cazorla yang mana sebelum menjalani pembedahan, beliau telah diberi jaminan oleh Wenger dengan tawaran kontrak baru (setahun).
They were very good to me, they renewed me before my operation, the manager talked to me and gave me peace of mind. - Santi Cazorla.
Ketika kebanyakkan pengurus lain tidak lagi berminat untuk menyimpan pemain-pemain yang pernah ataupun cedera, Wenger dilihat sebaliknya. Beliau masih menaruh harapan terhadap pemain-pemain ini malahan tindakan beliau dalam melayani Santi Cazorla juga menunjukkan bahawa beliau masih menaruh harapan terhadap bakat pemain tersebut selain tindakan beliau itu jelas menunjukkan sikap kemanusiaan yang tinggi.

Mungkin salah satu faktor Wenger terlalu tua untuk bersikap kejam untuk 'membuang' pemain-pemain ini menyebabkan beliau tidak lagi relevan terhadap Arsenal.

Namun dengan kontrak Wenger yang hanya tinggal hanya setahun lagi serta tindakan Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis yang membawa masuk Sven Mislintat dan Raul Sanllehi yang dilihat sebagai persediaan untuk menggantikan Wenger; menyebabkan rundingan kontrak Wilshere tidak berjalan lancar.

Jika sebelum ini, Ivan Gazidis dilihat memberi sokongan penuh kepada Wenger namun kali ini ianya tidak lagi. 



Pembaharuan memerlukan pengorbanan. Adakah ini satu permulaan dalam revolusi pemodenan Arsenal?

Tawaran kontrak yang dibuat terhadap Wilshere yang dikatakan menerima gaji lebih rendah namun bakal menerima imbuhan lain yang boleh mengatasi gaji beliau sebelum ini, mungkin ianya dilihat agak berbaloi bagi peminat yang sering mengutamakan kecergasan pemain dan jumlah perlawanan yang mampu pemain itu beraksi.

Begitu juga dengan masa depan Arsene Wenger bersama Arsenal yang dikatakan bakal digantikan oleh pengendali baru musim depan, sudah tentu kestabilan dan kekuatan pemain menjadi perkara utama buat pengendali baru nanti.

Sudah tentu perkara ini juga bakal mempengaruhi Wilshere. Ini kerana beliau telah bersama Arsenal dan juga Wenger seawal usia sembilan tahun. 

Dan hubungan ini menyebabkan mereka berdua mempunyai 'input' secara langsung bermula pada usia Wilshere sembilan tahun, kemudian Wilshere terus berkembang melalui akademi Arsenal sebelum berjaya membarisi skuad utama Arsenal.

Hubungan mereka berdua boleh dikatakan terlalu rapat, hampir 17 tahun mereka berhubung.

Jack Wilshere dan Arsene Wenger pada majlis pembukaan Unit Fungsi Paru-paru Arsenal di Great Ormonde Street Hospital. London, 8/11/12. Kredit : Arsenal Football Club / David Price.
Wenger jelas percaya dengan kebolehan dan bakat yang ada pada Wilshere dimana beliau telah memberikan Wilshere sesuatu yang mungkin menjadi ingatan apabila mempertaruhkan Wilshere dalam aksi sulung pemain tersebut pada usia hanya 16 tahun dan 256 hari, antara pemain Inggeris termuda dalam sejarah penampilan didalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Wilshere menerima dan menghadapi kritikan yang begitu kuat daripada kalangan penyokong, namun Wenger dengan tegas berdiri di hadapannya memberi sokongan dan dorongan, terus menyokong dan menghargai pemain ini.

Terbaru, pujian dan pendedahan Arsene Wenger mengenai Jack Wilshere mampu menjadi kapten Arsenal dilihat sebagai satu cubaan 'merasuah' pemain ini supaya Wilshere menerima tawaran baru yang dibuat Arsenal.

Wenger dalam temubual bersama Bein Sport sebagaimana dipetik dari laman Goal, telah menafikan tindakan beliau itu untuk memberikan tugas selaku Kapten Arsenal kepada Wilshere adalah cubaan merasuah pemain tersebut supaya terus kekal bersama Arsenal. 

"Beliau (Wilshere) secara dasarnya dilahirkan disini (Arsenal)."

"Beliau mempunyai sejarah yang lama (panjang) bersama kelab serta hubungan yang yang kuat bersama kelab."

"Begitu juga dengan sikap sebagai ketua dan ciri-ciri yang dimiliki beliau serta taktikal dan pengetahuan diatas padang yang dimiliki beliau."

"Selain daripada taknikal yang yang tinggi, beliau juga mempunyai personaliti dan pada tempat yang betul diatas padang."

"Beliau kini lebih matang dan mampu membimbing rakan sepasukan. Sebab itulah saya memainkan (meletakkan) beliau selaku pemain tengah ."

"Saya hanya menganggap dengan gabungan sejarah dan hakikatnya beliau adalah pemain jangka panjang untuk kelab."

"Jelas kini beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan, saya percaya sekarang untuk menjadikannya kapten."

Dan mengenali Arsene Wenger, beliau juga amat mementingkan hubungan rapat beliau bersama kapten kerana bagi beliau, kapten merupakan perantaraan diantara para pemain dengan seorang pengurus.

Daripada kapten, beliau dapat mengetahui apakah yang diinginkan dan diperlukan daripada pemain-pemain lain.

Dan kapten mestilah orang yang berpengaruh didalam kelab dan dihormati.

Mungkin Wenger tidak lagi relevan bersama Arsenal dan sifat kemanusiaan Wenger serta kepercayaan beliau kepada pemain beliau, akhirnya memakan diri beliau sendiri.

"Everyone at Arsenal should feel incredibly proud that their generosity has helped to create such a wonderful new unit, which will help thousands of young children visiting Great Ormond Street Hospital." - Arsene Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post