Ibrahimovic dedah punca mengapa beliau tinggal Man.United dan sertai LA Galaxy

Kredit gambar: Metro

Zlatan Ibrahimovic telah mendedahkan punca perpindahan beliau menyertai LA Galaxy daripada Manchester United pada temubual yang disiarkan melalui laman web rasmi Major League Soccer (MLS). 



"Bukan kali pertama saya berpindah (bertukar pasukan) dan perkara ini sudah terjadi beberapa kali sebelum ini dalam karier bolasepak saya, berpindah menyertai pasukan lain."

"Ini adalah cabaran baru bagi saya, saya tidak sabar untuk menakluk Amerika Syarikat sebagaimana saya menakluki Eropah."

"Selepas 20 tahun di Eropah, bermain untuk kelab terbaik di dunia dan dengan pemain terbaik di dunia, selepas memenangi banyak kejuaraan, sudah tiba masanya untuk berpindah ke benua baru dan mencuba MLS. "

"Tiada soalan untuk saya, Galaxy adalah sebuah pasukan dan saya memilih mereka, mereka tidak perlu memilih saya."

"Saya datang ke sini untuk melakukan apa yang telah saya lakukan dalam tempoh 20 tahun yang lalu, menang!"
Zlatan Ibrahimović joins LA Galaxy: First Interview


Post a Comment

Previous Post Next Post