Xhaka harap Arsenal berjaya kekalkan Wilshere

Granit Xhaka harap Arsenal mampu kekalkan Jack Wilshere untuk menghadapi saingan musim depan bagi mengekalkan keseimbang barisan tengah skuad.



Pemain kebangsaan England itu masih belum memutuskan masa depan beliau bersama Arsenal walaupun telah ditawarkan kontrak baru yang mana kontrak sedia ada beliau bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Dipercayai rundingan tersebut menemui jalan buntu ekoran permintaan yang dipinta Wilshere gagal dipenuhi pihak Arsenal.

dakah Wilshere bakal meninggalkan Arsenal? Kredit gambar : Standard
Perkembangan tersebut berkemungkinan menyaksikan Wilshere bakal meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti namun rakan sepasukan beliau, Xhaka berharap pihak pengurusan Arsenal mampu mengekalkan pemain tersebut dan juga Aaron Ramsey.

Xhaka percaya kedua-dua pemain tersebut mampu memberikan kelebihan buat Arsenal selain mengekalkan keseimbangan skuad dan beliau juga menyifatkan gandingan mereka bertiga merupakan satu gandingan yang sempurna. 

Kredit gambar : Premier League
"Apabila saya beraksi bersama mereka (Wilshere dan Ramsey), saya berada sedikit dibawah, didepan barisan pertahanan" 

"Wilshere dan Ramsey gemar untuk naik keatas, cuba memasuki kawasan lawan dan saya gembira untuk kekal dibawah, membantu membina serangan dari bawah."

"Kami semua mempunyai kualiti dan sentiasa cuba membantu diantara satu sama lain."

"Saya selalu menegaskan, untuk berjaya (memenangi perlawanan) kita memerlukan kesemua 11 pemain, termasuklah mereka yang berada dibangku simpanan mahupun dipadang."

"Kamu tidak akan memenangi perlawanan hanya dengan dua tiga pemain yang beraksi cemerlang. Kamu perlu bekerjasama dalam satu pasukan, baik ketika bertahan mahupun ketika menyerang."

"Saya fikir kami kini semakin kuat pada kerana kami kini sememangnya fokus keatas apa yang perlu kami lakukan."

"Semua orang tahu bahawa kami mempunyai kualiti sebagai pasukan yang hebat, namun ketika ini saya fikir kami telah mempunyai keseimbangan dan perlu mengekalkan perkara itu."

Gandingan jentera serangan Arsenal. Kredit gambar: Premier League

Post a Comment

Previous Post Next Post