![]() |
Kredit gambar : Daily Star |
Ainsley Maitland-Niles dedah pendekatan terbuka Arsene Wenger sangat penting bagi dirinya dalam berjaya menembusi skuad utama Arsenal musim ini.
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang bersama skuad utama Arsenal musim ini walaupun hanya membuat 10 penampilan saingan liga setakat ini.
Sebelum itu, beliau beraksi bersama skuad U23 Arsenal namun dengan bakat dan kebolehan beliau itu akhirnya diberi peluang oleh Wenger untuk beliau beraksi bersama skuad utama (senior) Arsenal musim ini.
Ainsley Maitland-Niles says Arsene Wenger's belief and open approach has supported the Arsenal youngster during his breakthrough season at the club. - Sky Sports
Selain diberi peluang untuk membarisi skuad utama Arsenal dalam saingan liga, beliau turut diberikan peluang oleh Wenger untuk beraksi dipentas Eropah apabila berjaya membuat sembilan penampilan dalam kejohanan Liga Europa (setakat ini).
Saingan 2017/18 | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Permainan |
---|---|---|---|---|
Premier League | 10 | - | - | 652 |
Europa League | 9 | - | - | 703 |
Premier League 2 | 4 | - | 1 | 360 |
EFL Cup | 3 | - | - | 250 |
FA Cup | 1 | - | - | 90 |
Community Shield | - | - | - | - |
JUMLAH | 27 | - | 1 | 2,055 minit |
Dalam pendedahan yang dibuat beliau sebagaimana dipetik daripada laman Sky Sports, beliau mengakui bahawa Arsene Wenger banyak membantu beliau dan diibaratkan sebagai seorang bapa dalam membentuk karier bolasepak beliau sehingga menjadi seperti sekarang.
Sikap Wenger yang mempercayai setiap pemain juga membolehkan beliau lebih mudah untuk maju dan berkembang selain sikap Wenger yang mudah untuk diajak berbincang turut banyak membantu beliau.
"Saya sangat terhutang kepada beliau kerana mempercayai saya dan membetulkan perkara yang perlu saya lakukan selain mempertingkatkan beberapa aspek sebelum membenarkan saya bersama skuad senior," kata Maitland-Niles kepada Sky Sports News.
"Saya datang berlatih setiap hari, cuba melakukan yang terbaik yang saya mampu lakukan dan bekerja keras untuk mempertingkat serta memperbaiki kelemahan saya untuk menjadi yang terbaik."
"Saya secara peribadi, beliau (Wenger) merupakan seorang yang sangat mempercayai terhadap pemain-pemain beliau dan bila-bila masa, jika anda mahu bercakap dan berbincang dengannya mengenai sesuatu, pintunya sentiasa terbuka - anda sentiasa boleh masuk."
"Lebih-lebih lagi ketika menjalani latihan dipadang, beliau sentiasa membantu anda dan sentiasa ada ketika anda memerlukannya. Itu memberi anda keyakinan."
"Anda boleh bercakap dan berbual dengannya mengenai apa sahaja. Beliau seorang lelaki yang penyayang serta melayani setiap pemain bagaikan keluarga."
"Ia bergantung bagaimana anda terbuka dalam berbicara dengan beliau. Beliau boleh diibaratkan sebagai bapa anda, tetapi beliau juga seorang jurulatih anda pada masa yang sama, jadi beliau memberi anda dua perasaan dan kelebihan tersebut."
Maitland-Niles sering diturunkan pada posisi pertahanan kiri atau sebagai pemain tengah, hanya merasakan satu kekalahan liga ketika bersama skuad utama dalam saingan liga dimana Arsenal tewas 2-1 kepada Bournemouth, Januari lalu.
Ketika Arsenal mengalami empat kekalahan daripada lima perlawanan yang diharungi, beliau hanya berada dibangku simpanan dan mengakui bahawa pemain-pemain perlu dipersalahkan juga ekoran prestasi buruk pasukan yang menerima empat kekalahan tersebut.
"Apabila beliau bercakap tentang bolasepak dan bagaimana prestasi pasukan serta bagaimaa kami bermain, ia adalah mengenai pendapat beliau sahaja dan apa yang difikirkannya mengenai pasukan. Beliau langsung tidak menyentuh atau mengaitkan perkara-perkara yang dilaporkan oleh akhbar."
"Beliau sangat jelas mengenai apa yang beliau mahu kami lakukan dan beliau hanya memberitahu kami mengenainya secara terang, " tambah Maitland-Niles.
"Saya tidak fikir kita cukup dengan menyalahkan beliau seorang, kami juga perlu mengambil beberapa kesalahan (dipersalahkan) kerana kami adalah pemain yang sedang beraksi ketika itu (di padang)."
"Beliau hanya memilih pemain untuk beraksi dan itu adalah penghakimannya, tetapi kami yang berada di padang dan saya fikir bahawa kami perlu mengambil lebih banyak tanggungjawab itu dan berjuang demi pasukan (kelab) kita."
Mengakhiri temubual beliau (Maitland-Niles) bersama Sky Sports, pemain muda ini memuji Arsene Wenger dan mengakui bahawa banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman dan pengetahuan yang ada pada Wenger.
"Beliau seorang pengurus yang hebat, beliau mempunyai banyak pengalaman dan ilmu serta personaliti yang hebat untuk menerima segala kesalahan."