Mathieu Flamini nafi memilikki €30billion dalam akaun bank beliau.

Kredit gambar: Standard

Sebelum ini gempar apabila media-media melaporkan bahawa Mathieu Flamini merupakan pemain bolasepak terkaya didunia apabila memiliki wang berjumlah €30billion didalam akaun pemain tersebut.



Namun laporan terbaru daripada GOAL mendedahkan dimana bekas pemain Arsenal ini membuat penafian mengenai perkara tersebut sambil menjelaskan ianya merupakan salah faham mengenai fakta yang dilaporkan oleh media sebelum ini (mengenai perkara tersebut).


Laporan Forbes (sebagaimana dipetik daripada laporan Goal) mendakwa bahawa bekas pemain Arsenal yang kini bersama dengan pasukan La Liga, Getafe yang disertai Flamini pada Februari lalu (secara percuma) menjana pendapatan yang tinggi melalui syarikatnya, GF Biochemicals.

Namun Flamini telah menafikan dakwaan tersebut selain membetulkan laporan yang mengatakan bahawa beliau merupakan pemain bolasepak terkaya didunia.

"Penting untuk saya membetulkan beberapa perkara," kata Flamini kepada L'Equipe.

"Berbeza dengan apa yang saya baca, saya tidak mempunyai € 30 bilion dalam akaun bank saya."

"Dan jumlah ini juga tidak bertepatan dengan nilai syarikat saya, GF Biochemicals."

Beliau turut menjelaskan bagaimana kesilapan laporan itu memberikan tanggapan dan laporan menjadikan beliau pemain bolasepak terkaya didunia.

"Sebenarnya, ia (€ 30billion) adalah jumlah nilai pasaran yang kita mahu 'tawan' (sasaran) dengan teknologi baru yang telah kita usahakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Flamini.

"Terdapat salah faham dan kesilapan dan ianya seolah-olah kami (diibaratkan) mempunyai sebuah restoran dengan nilai keseluruhan pasaran menyamai jumlah keseluruhan pasaran katering di Perancis."

Ditanya secara langsung adakah beliau seorang jutawan, Flamini berkata: "Oh tidak, tidak sama sekali."

"Saya meminta maaf mengenai cerita ini kerana saya tidak menceburi dunia perniagaan ini untuk menghasilkan wang (menjadi kaya)."

Post a Comment

Previous Post Next Post