Arsenal gantung jurulatih akademi atas dakwaan buli

2 jurulatih skuad U23 Arsenal digantung. Kredit gambar : Extra Time Talk

Arsenal telah menggantungkan tugas dua jurulatih akademi belia dan menjalankan siasatan  berhubung dakwaan buli.



Laporan media Britain (Telegraph) pada hari Jumaat lalu melaporkan bahawa jurulatih skuad Bawah 23 tahun Arsenal, Steve Gatting dan Carl Laraman adalah subjek tuduhan dari pemain muda.

Bagaimanapun Arsenal enggan mendedahkan mahupun menamakan individu-individu yang terlibat dalam dakwaan ini.

Jurucakap Arsenal berkata: "Kami telah menggantung dua jurulatih dan melancarkan penyiasatan berikutan aduan daripada beberapa pemain."

"Ini adalah perkara peribadi dan kami tidak akan membincangkan mahupun mendedahkan apa-apa maklumat lanjut."

Gatting dan Laraman telah ditugaskan untuk mengendalikan skuad Bawah-23 tahun Arsenal di final Premier League International Cup menentang Porto pada hari Rabu lalu, namun pasangan tersebut tidak kelihatan ataupun tidak berada di bangku simpanan ketika pasukan U23 Arsenal itu tewas 1-0 dalam pertembungan tersebut.

Steve Gatting. Kredit image :The Telegraph
Untuk rekod, pasukan Bawah 23 Tahun Arsenal menjuarai  Liga Perdana 2 musim ini dengan Gatting merupakan pengurus pasukan dan Laraman pula bertindak selaku pembantu kepada beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post