Rombakan besar-besaran Arsenal selepas Arsene Wenger tidak lagi bersama.

 
Colin Lewin ,44 tahun tidak lagi diperlukan oleh Arsenal. Kredit foto : Dream Team

Selepas berakhirnya era Arsene Wenger bersama Arsenal, rombakan besar-besaran melibatkan staff belakang tabir dimulakan serta merta.



Wenger yang berkhidmat selama 22 tahun bersama Arsenal, mengemudikan pasukan ini buat kali terakhir pada perlawanan menentang Huddersfield pada Ahad lalu dengan mencapai keputusan 1-0.

Kemenangan tersebut mengakhiri tugas Wenger bersama Arsenal selain berakhirnya saingan Liga Perdana musim ini (2017/18).

Dengan berakhirnya tugas Wenger itu, Arsenal telah melakukan rombakan besar-besaran terhadap barisan belakang tabir pasukan dengan dipercayai lebih ramai staff belakang tabir pasukan bakal ditamatkan khidmat mereka.

Lewin merupakan sepupu kepada bekas ahli fisioterapi Arsenal dan England iaitu Gary Lewin yang kini bersama West Ham. Kredit foto : Dream Team
Terbaru, Colin Lewin (44 tahun) yang merupakan ketua perkhidmatan perubatan pasukan tidak lagi diperlukan dan ditamatkan perkhidmatan beliau selepas 23 tahun bersama Arsenal.

Menurut laporan BBC, Collin Lewin ditamatkan khidmat beliau bersama Arsenal pada Isnin (semalam- waktu UK) sejurus berakhirnya perlawanan terakhir liga dan juga Arsenal.

Lewin, pada awal karier beliau bersama Arsenal, beliau bertanggungjawab terhadap pasukan akademi sebelum berjaya menjadi sebahagian daripada individu penting pasukan yang dikendalikan oleh Arsene Wenger.

Keputusan yang dibuat oleh pihak pengurus Arsenal itu nyata mengejutkan pemain-pemain Arsenal setelah mengetahui bahawa khidmat Lewin ditamatkan oleh pihak pengurusan.

The decision was delivered to the 44-year-old on Monday and is understood to have left many Gunners players and staff shocked and upset. - BBC

Menurut laporan Football London, jurulatih pasukan utama iaitu Boro Primorac, Neil Banfield, Gerry Peyton dan Tony Colbert yang menjadi ahli pasukan Wenger sebelum ini turut bakal meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

Dan menurut Daily Mail, doktor pasukan (Arsenal), Gary O'Driscoll akan mengambil alih peranan Lewin, sementara beberapa ahli pasukan perubatan kelab diminta untuk memohon semula kedudukan  (jawatan) mereka.

Difahamkan bahawa Steve Bould dan Jens Lehmann telah diminta untuk kekal bersama kelab, namun kedudukan tersebut mungkin berubah dan bergantung kepada siapa yang bakal menggantikan Wenger nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post