Ederson dapat hadiah lumayan daripada Man City.

Juara Liga Perdana, Manchester City memberi ganjaran kepada penjaga gol mereka, Ederson untuk peranannya dalam membantu mencipta rekod kempen liga dengan 100 mata yang dicipta dengan memperbaharui kontrak beliau sehingga ke tahun 2025.


Penjaga gol kelahiran Brazil berusia 24 tahun itu menyertai Manchester City pada Julai tahun lalu (2017) daripada Benfica dengan nilai perpindahan sebanyak £35 juta dan kurang setahun bersama kelab tersebut, beliau dilaporkan menerima 'ganjaran' ekoran prestasi beliau dalam membantu City pada saingan liga yang melabuhkan tirai musim ini.

Beliau ketika menyertai City tahun lalu, menandatangani kontrak selama enam tahun namun prestasi cemerlang beliau semenjak menggantikan Claudio Bravo, menyebabkan City telah melanjutkan perjanjian itu kepada dua tahun lagi menjadikan beliau kini terikat bersama tersebut untuk tempoh tujuh tahun lagi (sehingga beliau berusia 31 tahun).

Jika sebelum ini, beliau dipercayai menerima gaji berjumlah £65,000 seminggu namun dengan pembaruan kontrak tersebut, beliau dijangka menerima lebih daripada yang diterima beliau ketika ini walaupun tidak didedahkan nilai gaji yang ditawarkan dalam kontrak baru ini.

"Saya gembira untuk menandatangani kontrak baru saya, ini bermakna kelab gembira dengan kerja saya, mereka mempercayai saya, dan saya berharap dapat memenuhi harapan mereka dan membawa lebih banyak kegembiraan (kejayaan) kepada peminat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh City.
I want to win everything we can! All of the competitions, but for me the Champions League is without a doubt a very special competition for us, and it is my dream to win it in Manchester City’s shirt! - Ederson
Ederson dijangka akan menyertai skuad Brazil ke kejohanan Piala Dunia 2018 dalam misi memburu kejuaraan kali keenam di Rusia pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post