5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal - No.1 - Tony Adams

5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal 



No.1 - Tony Adams


Dengan gelaran 'Mr. Arsenal' yang diberikan terhadap beliau, sukar untuk meletakkan beliau pada senarai terendah ataupun lebih rendah melainkan senarai paling tinggi dalam senarai pemain berbakat yang dilahirkan daripada Akademi Arsenal.

Memulakan karier awal di akademi Arsenal pada tahun 1980 sehingga 1983, beliau akhirnya berjaya menembusi skuad utama Arsenal pada November 1983 ketika menentang Sunderland.

Dan tiga tahun kemudian beliau kekal menjadi pemain utama Arsenal sehinggalah bersara.

Arsenal satu-satunya kelab yang diwakili beliau selaku pemain dari peringkat akademi sehinggalah ke peringkat senior.

Beliau menghabiskan 22 tahun sebagai pemain pertahanan tengah di Arsenal dan dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik Arsenal sepanjang zaman oleh peminat Arsenal malahan beliau turut berada dalam senarai dalam 100 Lagenda Liga Perdana Inggeris.

Menjadi kapten Arsenal pada usia 21 tahun dan merupakan kapten paling lama dalam sejarah kelab apabila memikul tanggungjawab  tersebut selama 15 tahun.


Bersama Arsenal, beliau telah memenangi empat gelaran Juara Liga dan mengetuai pasukan dalam menjuarai kejuaraan liga dalam tiga dekad yang berbeza (80an,90an dan 2000), tiga Piala FA, dua Piala Liga, UEFA Cup Winners' Cup, dan dua kali Piala Perisai Komuniti.


Beliau juga menerima penghargaan daripada kelab apabila pada 9 Disember 2011, tugu beliau didirikan bersama dengan tugu Thierry Henry dan Herbert Chapman.


Beliau memiliki 66 caps untuk England diantara tahun 1987 dan 2000 dan bermain di empat kejohanan utama.

Beliau bukan hanya pemain terbaik Arsenal sepanjang zaman malahan beliau merupakan salah seorang pemain terbaik yang akan dihasilkan dari akademi yang pernah dimiliki kelab setakat ini.

Pada tahun 2002, beliau bersara selepas 504 penampilan liga dan akan sentiasa diingati sebagai pemain Arsenal, seorang yang datang melalui akademi Arsenal yang hebat.


Post a Comment

Previous Post Next Post