5 Nama Paling Mengejutkan Dalam Senarai 100 Perpindahan Terbesar Liga Perdana Inggeris.

Dengan perpindahan Richarlison dari Watford ke Everton kini telah disahkan dan perpindahan tersebut dikatakan dipersetujui pada nilai sebanyak £40 juta, pastinya memberi kejutan kepada pemerhati bolasepak.


Perkembangan itu dilihat mengejutkan dimana kali kali terakhir pemain sayap dan juga penyerang tersebut menjaringkan gol untuk Watford adalah pada 19 November 2017 ketika menentang West Ham United.

Kredit foto: Premier League
Serta kali terakhir pemain tersebut menghasilkan bantuan gol juga pada tahun lalu (12 Disember 2017) ketika menentang Crystal Palace yang berkesudahan Watford tewas 1-2.

Rekod penampilan musim 2017/18 bersama Watford
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Premier League 38 5 5
FA Cup 2 - -
EFL Cup 1 - -
JUMLAH 41 5 5

Berdasarkan rekod jaringan dan bantuan gol pemain tersebut serta kali terahir Richarlison menjaringkan gol, ianya boleh dikatakan satu urusniaga yang menguntungkan buat Watford apabila berjaya menjual pemain tersebut pada nilai perpindahan sebanyak £40 juta kepada Everton.

Nilai perpindahan pemain kelahiran Brazil itu meletakkan beliau berada dalam senarai 100 pemain yang melakukan perpindahan termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris sepanjang zaman.

Dan perpindahan beliau itu juga merupakan satu kejutan berdasarkan nilai perpindahan menyertai Everton dari Watford dan melayakkan beliau berada di dalam senarai 100 pemain (perpindahan masuk) termahal kelab Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah beberapa kejutan terbesar (5 perpindahan):

1. Andy Carroll ke Liverpool: £35 juta.
Carrol sertai Liverpool pada tahun 2011. Kredit foto: The Telegraph
Perpindahan disaat akhir jendela perpindahan ditutup membuatkan nilai perpindahan pemain ini menjadi mahal disamping beberapa faktor lain.

Liverpool mempunyai dana tambahan selepas penjualan Fernando Torres ke Chelsea dan mereka juga mungkin terdesak untuk mencari seorang pemain yang mampu menggantikan ataupun mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang Sepanyol itu.

Pada 31 Januari 2011, Liverpool telah membuat tawaran berjumlah £30 juta untuk mendapatkan Carroll dari Newcastle, namun tawaran tersebut ditolak.

Namun, Newcastle akhirnya menerima tawaran Liverpool yang berjumlah £35 juta untuk Caroll dan urusan perpindahan tersebut selesai menjelang tarikh dan waktu tutup (sebelum jam 11.00 malam) jendela perpindahan Januari 2011.

Andy Caroll ketika itu dianggap sebagai pemain muda Inggeris paling meningkat naik dan faktor ini juga menjadi penyebab nilai penjualan beliau ke Liverpool menjadi tinggi dan perpindahan Carroll juga mencatat sejarah sebagai pemain Inggeris paling mahal ketika itu.

Beliau berjaya menjaringkan 11 gol dalam 58 penampilan bersama Liverpool sebelum dipinjamkan kepada West Ham yang akhirnya kelab tersebut menandatangani Carroll secara tetap pada 21 Mei 2013 dengan nilai perpindahan dipercayai berlaku pada £15 juta.



2. Wilfried Bony ke Manchester City: £28 juta
Bony menyertai Man. City pada 14 Januari 2015.
Selepas berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang pada musim pertama beliau bersama Swansea, beliau berjaya menarik perhatian Manchester City untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim kedua beliau di Liga Perdana Inggeris.

25 gol dalam 48 penampilan pada musim pertama beliau di Liga Perdana Inggeris (bersama Swansea) serta separuh musim kedua dengan sembilan gol dalam 22 penampilan, berjaya menggoda Man. City yang mana akhirnya menandatangani beliau pada 14 Januari 2015 dengan nilai perpindahan mencecah £28 juta.

Perpindahan tersebut menjadikan pemain kelahiran Ivory Coast ini merupakan pemain termahal Afrika pada ketika itu dan beliau turut berada dalam senarai 100 perpindahan termahal kelab Inggeris.

Bersama City, beliau hanya berjaya membuat 46 penampilan dengan 10 gol berjaya dijaringkan beliau sebelum dipinjamkan kepada Stoke City untuk tempoh semusim pada 31 Ogos 2016.

Setahun kemudian (31 Ogos 2017), Bony kembali ke Swansea selepas kelab tersebut setuju membayar nilai perpindahan beliau sebanyak  £12 juta.

3. Moussa Sissoko ke Spurs: £30 juta
Sissoko menyertai Spurs pada 31 Ogos 2016 dari Newcastle. Kredit foto : Sky Sports
Pemain kelahiran Perancis ini ketika bersama Newcastle, beliau dianggap gagal membantu kelab tersebut daripada disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris apabila pada tahun ataupun musim 2015-16, Newcastle menamatkan saingan liga di tangga ke-18 (tiga dari bawah).

Dengan pencapaian tersebut (menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ke-18), musim 2016-17 menyaksikan kelab tersebut beraksi di EFL Championship (diturunkan liga).

Selepas gagal beraksi disaingan Liga Perdana Inggeris untuk musim berikutnya (2016-17), Newcastle percaya bahawa mereka perlu melepaskan beberapa pemain utama mereka ketika itu.

Dan mereka juga percaya nilai Sissoko ketika itu berada sekitar 15 juta pound serta ianya dianggap nilai yang sangat sesuai untuk pemain tersebut selepas mereka berjaya mendapatkan beliau pada nilai 1.5 juta pound tiga tahun sebelum itu dari Toulouse.

Namun segalanya berubah apabila Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan Sissoko dan sedia membayar dua kali ganda daripada nilai anggaran yang dibuat Newcastle.

Ini bermakna Real Madrid sedia membayar sebanyak £30 juta yang mana ianya kemudiannya digunakan oleh Newcastle untuk melepaskan pemain tersebut kepada Spurs.

Walaupun dikatakan gagal membantu Newcastle untuk terus beraksi di Liga Perdana Inggeris, namun beliau berjaya membantu Newcastle dari segi kewangan apabila menyertai Spurs dengan nilai perpindahan mencecah £30 juta pada 31 Ogos 2016.



4. Memphis Depay ke Manchester United: £25 juta
Memphis Depay hanya beraksi semusim setengah bersama United. Kredit foto: Manchester Evening News
Depay diumumkan secara sah sebagai Manchester United pada 13 Jun 2015 dan beliau merupakan pemain keempat dari kelab PSV yang menyertai United selepas Jaap Stam, Park Ji-sung dan Ruud van Nistelrooy.

Dengan menyarung jersi bernombor 7, beliau diberikan harapan tinggi oleh peminat United untuk mengembalikan kegemilang kelab tersebut sebagaimana Nombor 7 yang begitu sinonim dengan lagenda kelab mereka, George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Aksi cemerlang beliau dalam debut Liga Juara-Juara Eropah bersama United ketika menentang Club Brugge bagi aksi kelayakkan (playoff UCL), memberikan harapan yang cukup tinggi buat peminat dan penyokong dimana beliau berjaya menjaringkan dua gol selain menghasilkan satu bantuan gol pada perlawanan tersebut yang berkesudahan United menang 3-1.

Ketika peminat mengharapkan keajaiban angka 7 berulang kembali sebagaimana lagenda-lagenda mereka sebelum ini, Depay dilihat sebagai jelmaan Angel Di Maria yang menyarung jersi bernombor 7 berbanding Cristiano Ronaldo.

Dua gol dalam penampilan liga (musim pertama) menyaksikan beliau gagal mendapat tempat pada musim kedua sebelum di jual kepada Lyon pada 20 Januari 2017 dengan nilai perpindahan dipercayai sekitar £16–17 juta.

5. Shaun Wright-Phillips ke Chelsea: £21 juta

Manchester City pada musim 2004-05, dibarisi pemain-pemain ternama seperti berikut (rujuk jadual dibawah) dan Shaun Wright Phillips (SWP) merupakan antara pemain yang sentiasa berada didalam kesebelan utama pasukan tersebut:
Bil. Pemain
1 David James
2 Danny Mills
3 Richard Dunne
4 Sylvain Distin
5 Ben Thatcher
6 Shaun Wright-Phillips
7 Joey Barton
8 Paul Bosvelt
9 Robbie Fowler
10 Nicolas Anelka
11 Antoine Sibierski

Dan pada musim ini, beliau merupakan penjaring terbanyak City dengan berkongsi kedudukan bersama Fowler yang turut menjaringkan 11 gol sepanjang kempen musim 2004-05 bagi kesemua kejohanan.

Pada usia 23 tahun (2005),beliau telah menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan mencecah £21 juta dan perpindahan beliau itu mengejutkan peminat dan penyokong City yang menganggap beliau adalah permata pasukan selain harapan untuk mengemudikan pasukan itu bagi musim seterusnya.

Bersama Chelsea, beliau bergandingan bersama pemain-pemain bintang dunia ketika itu seperti Damien Duff, Arjen Robben dan Joe Cole.

Namun langkah perpindahan beliau itu nyata merupakan satu kesilapan dimana beliau gagal menjaringkan sebarang gol pada musim pertama bersama Chelsea (bagi kesemua kejohanan).

39 penampilan secara keseluruhan bersama Chelsea bagi musim pertama, tanpa sebarang gol mengejutkan ramai pihak setelah aksi cemerlang yang dipamerkan beliau ketika bersama City.

Beliau mengharungi dua musim berikut bersama Chelsea sebelum dijual kembali kepada Manchester City pada 28 Ogos 2008 dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £8.5 juta.

Sepanjang karier beliau bersama Chelsea, SWP hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 125 penampilan untuk kesemua kejohanan.

Senarai 100 perpindahan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris.

Dengan tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi untuk kelab-kelab Inggeris melakukan pembelian, adakah kita bakal dikejutkan dengan pembelian 'mahal'?

Post a Comment

Previous Post Next Post