5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal - No.2 - Ray Parlour

5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal 



2. Ray Parlour

Penampilan Ray Parlour cukup paling terkenal ketika zaman beliau bersama Arsenal, di mana beliau telah mewakili Arsenal untuk tempoh selama 14 tahun.

Beliau menyertai Arsenal sebagai pelatih pada tahun 1989 (akademi Arsenal) dan membuat debutnya untuk The Gunners pada aksi menentang Liverpool pada 29 Januari 1992.

Parlour mendapat nama samaran ataupun gelaran 'The Romford Pele', gelaran yang diberikan oleh Marc Overmars terhadapnya.

Beliau diibaratkan 'hero yang tidak didendang' ketika bersama Arsenal. Namun jasa dan pengorbangan beliau bersama Arsenal tidak mampu dinafikan.

Tidak hairanlah beliau menjadi antara pemain kegemaran peminat dan penyokong Arsenal.

Sepanjang karier beliau bersama Arsenal (1989 -1992 : Akademi dan 1992–2004 : Skuad Utama), beliau telah membuat 466 penampilan dengan 32 gol berjaya dijaringkan beliau.

Selepas bersara selaku pemain bolasepak, beliau kini menjadi panel jemputan (pundit) di televisyen, serta di stesen radio BBC - Radio 5 Live dan Talksport. 

Antara trofi kemenangan beliau bersama Arsenal adalah:
  • Premier League: 1997–98, 2001–02, 2003–04
  • FA Cup: 1993, 1998, 2002, 2003
  • Football League Cup: 1993
  • FA Community Shield: 1998, 1999, 2002
  • UEFA Cup Winners' Cup: 1994
Beliau juga pernah dinobatkan selaku Pemain Bulanan Terbaik Liga Perdana Inggeris - Premier League Player of the Month: March 1999.


Post a Comment

Previous Post Next Post