Kane yakin beliau mampu selamatkan England daripada terkena badi penyingkiran

Kane yakin mampu selamatkan England daripada terkena badi penyingkiran. Kredit foto : Sky Sports

Penyerang England, Harry Kane yakin beliau mampu membantu England daripada terkena badi penyingkiran di peringkat kalah mati dalam kempen Piala Dunia 2018 FIFA Rusia kali ini.


Bintang Tottenham Hostpur itu tidak diturunkan pada aksi terakhir peringkat kumpulan ketika menentang Belgium.

Dan tindakan pengendali England, Southgate tidak menurunkan penyerang tersebut adalah bagi memastikan Kane cergas sepenuhnya pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik dengan England bakal berdepan Colombia, awal pagi Rabu ini.

Kane beraksi cemerlang pada perlawanan pertama dengan dua gol berjaya dijaringkan beliau ketika England menewaskan Tunisia 2-1 dan turut berjaya mempamerkan aksi cemerlang sekali lagi ketika England membenam Panama 6-1 dengan meledakkan hatrik.

Beliau yakin, dengan sentuhan yang dimiliki beliau itu, ianya  mampu mengubah nasib England dalam kempen di Rusia ini.

My confidence is sky high. That’s 100 per cent the case. I think I am going to score every time I am on the pitch.
-- Kane 

"Sebagai seorang penyerang, kamu pastinya tidak sabar untuk bermain, lebih-lebih lagi apabila anda sudah menyumbang gol." 

"Kamu hanya mahu berada diatas padang dan kamu tahu peluang untuk menjaringkan gol itu tetap ada."

"Saya bersedia untuk segala-galanya, sama ada penalti, sepakan percuma atau apa-apa saja. Saya berlatih dengan situasi yang berbeza dan saya pastikan saya bersedia untuk apa-apa yang datang."

"Jurulatih memberitahu saya bahawa dia mahu merehatkan saya ketika berdepan Belgium, dan dia mahukan saya cergas pada perlawanan seterusnya."

"Dia juga mahu memberi semua orang dalam skuad ini peluang beraksi pada kejohanan ini."

"Bukan selalu kamu dapat peluang begini dalam kejohanan besar," tambahnya.

Kane ketika ini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan lima gol yang dijaringkan beliau setakat ini dan beliau berpeluang memenangi Kasut Emas Piala Dunia 2018.

Namun tindakan Southgate yang merehatkan beliau ketika menentang Belgium mampu memusnahkan peluangnya muncul penjaring terbanyak di Rusia.

"Kamu tidak selalu dapat peluang ini dalam satu kejohanan besar. Kamu perlu ambil peluang ini dan bersedia untuk melakukan yang terbaik."

"Dalam aksi terakhir saya meledakkan hatrik dan itulah yang berlaku. Mungkin jika saya bermain (menentang Belgium) saya boleh tambah koleksi jaringan, namun saya juga mungkin akan menjaringkan hatrik sekali lagi jika saya turun pada aksi dengan Colombia nanti," katanya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post