Rio Ferdinand perli Sergio Ramos

Bekas pertahanan Manchester United dan England, Rio Ferdinand memperli Sergio Ramos selepas pemain tersebut meraikan jaringan gol sendiri pasukan lawan secara berlebihan ketika Sepanyol tersingkir kepada Russia.

Pemain pertahanan Sepanyol itu berlari dengan pantas ke arah kamera meraikan gol terbabit biarpun rakaman ulang tayang menunjukkan bola telah terkena betis pemain veteran Russia, Sergey Ignashevich.


Pemain Russia berusia 38 tahun itu muncul pemain tertua menjaringkan gol sendiri di Piala Dunia.

Dia ketika itu mengawal Ramos dengan ketat sebelum mereka berdua terjatuh dengan bola mengenai kakinya.

Bagaimanapun pemain Real Madrid itu pula berlari penuh bergaya meraikan jaringan seolah-olah dia menjaringkan gol terbabit.

Ferdinand, kini bergelar pengulas sukan BBC memuatnaik status pada twitter beliau dengan emoji ketawa:

 "Ramos meraikan OG (gol sendiri)".

Berbicara mengenai insiden separuh masa pertama itu, pemain legenda Manchester United itu memberi komen menyindir: "Cara dia menjaringkan gol begitu meyakinkan."

Sumber dan kredit : Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post