Gary Neville terpukau aksi Torreira.

Gary Neville kagum dengan pemain yang bakal dibawa masuk Arsenal, Lucas Torreira selepas Uruguay 'menghalau' Portugal keluar dari Piala Dunia 2018.



Bekas pemain Manchester United, Gary Neville yang kini menjadi pundit di Sky Sports memuji aksi cemerlang Lucas Torreira selepas Uruguay berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018.

Kekalahan Portugal kepada Uruguay menyaksikan harapan Cristiano Ronaldo untuk menjulang Piala Dunia berakhir, sejam selepas Lionel Messi dan Argentina mengalami nasib yang sama ketika menentang Perancis.

Dan kemenangan Uruguay itu menyaksikan pasukan tersebut bakal bertemu Perancis diperingkat suku akhir nanti.

Pasukan-pasukan yang layak ke peringkat suku akhir setakat ini.
Ketika Cavani menjadi tumpuan dan tajuk utama dengan gol kemenangan yang dijaringkan beliau, pemain tengah bertahan (defensive midfielder), Torreira memainkan peranan besar dalam membantu kemenangan Uruguay.

Beliau sering kali berjaya mematahkan beberapa cubaan dan serangan yang dilakukan oleh Portugal.

Pemain berusia 22 tahun itu yang kini bersama kelab Itali, Sampdoria, dijangka menyertai Arsenal selepas berakhirnya saingan Uruguay di Kejohanan Piala Dunia.

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan England, Neville memuji aksi cemerlang yang ditunjukkan Torreira ketika Uruguay menentang Portugal.
Bercakap kepada ITV, Neville berkata: "Dua pertahanan tengah bermain dengan baik mengawasi Cristiano Ronaldo malam ini tetapi semua yang masuk ke dalam kotak itu harus dibersihkan."

"Mereka perlu berbuat demikian terhadap Perancis."

"Torreira, pemain tengah bertahan, dia turun setiap waktu. Saya tidak tahu berapa kali, tetapi dia sentiasa ada untuk membersihkannya."

Aksi cemerlang Torreira mematahkan seranga Portugal dapat pujian Neville.
"Dari segi serangan dan bertahan, mereka (Uruguay) mempunyai pemain berpengalaman yang mempunyai kekuatan tersendiri."


Post a Comment

Previous Post Next Post