Preview : Uruguay vs Perancis

Pertembungan diantara Uruguay dan Perancis pada peringkat Suku Akhir Piala Dunia 2018 merupakan pertembungan kali keempat diantara mereka (kedua-dua pasukan) dalam sejarah Piala Dunia.



Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu dalam kejohanan Piala Dunia adalah pada tahun ataupun edisi 2010 dengan berakhir seri tanpa jaringan.

Jika mengambil kira sejarah pertembungan diantara kedua-dua pasukan ini bagi Kejohanan Piala Dunia, Uruguay setakat ini tidak pernah kalah kepada Perancis apabila mencatatkan satu kemenangan dan dua kali seri.

Dan jika mengambil rekod pertembungan 'head-to-head' keseluruhan kedua-dua pasukan ini, Uruguay juga dilihat lebih berbisa berbanding Perancis apabila mencatatkan dua kemenangan, empat kali seri dan satu kekalahan dalam tujuh pertembungan yang pernah di lalui mereka.

Serta pertembungan terakhir diantara mereka juga memihak kepada pasukan Uruguay.

Rekod pertembungan - Head to Head (Uruguay vs Perancis)
Tarikh Lawan Pemenang Keputusan Kejohanan
15 Jul 1966 Perancis v Uruguay Uruguay 1-2 Piala Dunia
21 Ogos 1985 Perancis v Uruguay Perancis 2-0 Inter Continental Championship
06 Jun 2002 Perancis v Uruguay - 0-0 Piala Dunia
19 Nov 2008 Perancis v Uruguay - 0-0 Persahabatan Antarabangsa
11 Jun 2010 Uruguay v Perancis - 0-0 Piala Dunia
15 Ogos 2012 Perancis v Uruguay - 0-0 Persahabatan Antarabangsa
05 Jun 2013 Uruguay v Perancis Uruguay 1-0 Persahabatan Antarabangsa
06 Jul 2018 Perancis v Uruguay Piala Dunia

90 minit bermusuhan.

Sesuatu yang menarik mengenai perlawanan ini adalah kita bakal melihat aksi rakan sepasukan bagi kelab Atletico Madrid 'bermusuhan' buat tempoh 90 minit apabila  Antoine Griezmann dan Lucas Hernandez (Perancis) berdepan dengan rakan sepasukan mereka (di Atletico Madrid), Diego Godin dan Jose Gimenez yang mewakili Uruguay.

Manakala rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG) Edinson Cavani dan Kylian Mbappe turut sama bermusuhan buat tempoh 90 minit.

Laluan ke Suku Akhir

Kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan namun Uruguay lebih cemerlang apabila merekodkan kemenangan 100% dalam perlawanan di peringkat kumpulan.

Selain itu juga, jentera serangan Uruguay dilihat lebih berbisa dengan menjaringkan lima gol berbanding hanya tiga gol berjaya dijaringkan Perancis.

Dan rekod pertahanan Uruguay juga dilihat lebih kental berbanding Perancis pada peringkat kumpulan dengan tidak membenarkan gawang mereka dibolosi, manakala Perancis telah dibolosi satu gol.

Rekod Uruguay di peringkat kumpulan.
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Uruguay 3 3 0 0 5 0 +5 9
2 Russia 3 2 0 1 8 4 +4 6
3 Saudi Arabia 3 1 0 2 2 7 −5 3
4 Egypt 3 0 0 3 2 6 −4 0

Rekod Perancis di peringkat kumpulan.
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Perancis 3 2 1 0 3 1 +2 7
2 Denmark 3 1 2 0 2 1 +1 5
3 Peru 3 1 0 2 2 2 0 3
4 Australia 3 0 1 2 2 5 −3 1

Pertahanan dan serangan Uruguay turut cemerlang pada peringkat 16 Pasukan terbaik apabila hanya melepaskan satu gol dan berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Portugal.

Uruguay 2 - 1 Portugal

Bagaimanapun, Perancis pula dilihat sedikit bermasalah pada bahagian pertahanan dengan membenarkan gawang mereka dibolosi sebanyak tiga kali pada pertemuan menentang Argentina yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Les Bleus 4-3.

Perancis 4 - 3 Argentina



PERKEMBANGAN PASUKAN

Berita Pasukan Uruguay.
Selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Portugal, terdapat keraguan mengenai aksi Edinson Cavani bagi menghadapi Perancis diperingkat suku akhir ekoran kecederaan betis yang dialami beliau.

Tahap kecergasan beliau (menurut beberapa laporan) masih diragui dan kemungkinan tidak akan diturunkan pada perlawanan malam ini.

Sekiranya beliau tidak diturunkan, kemungkinan Uruguay bakal menggunakan penyerang Girona, Cristhian Stuani untuk bergandingan bersama Luis Suarez  dibahagian serangan.

Berita Pasukan Perancis
Blaise Matuidi digantung untuk perlawanan suku akhir menentang Uruguay selepas memungut kad kuning keduanya dalam perlawanan terakhir peringkat 16 ketika menentang Argentina.

Corentin Tolisso mungkin menjadi pengganti bagi bergandingan bersama Mbappe dan Griezmann pada bahagian tengah menyerang walaupun Perancis masih memiliki pemain sayap lain seperti Djibril Sidibe dan Benjamin Mendy. 


KEKUATAN PASUKAN

Pemain Utama Uruguay
Luis Suarez - Penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Uruguay telah merekodkan 53 jaringan gol dengan 102 penampilan antarabangsa.

Beliau setakat ini telah menjaringkan dua gol pada kejohanan Piala Dunia 2018.

Edinson Cavani - pada Kejohanan Piala Dunia kali ini, beliau telah menjaringkan tiga gol buat Uruguay dan merupakan penjaring terbanyak Uruguay setakat ini di Rusia.

Selain itu, beliau merupakan penjaring kedua terbanyak Uruguay untuk rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman negara itu dengan mencatatkan 45 jaringan (setakat ini).

Diego Godin - Kapten Uruguay yang beraksi pada bahagian pertahanan merupakan pemain kedua yang memiliki caps terbanyak dalam skuad Uruguay kali ini dengan 121 penampilan antarabangsa.

Pertahanan berpengalaman berusia 32 tahun ini mengetuai Uruguay  dan memastikan gawang  mereka tidak dibolosi diperingkat kumpulan serta membenarkan hanya sekali dibolosi setakat ini.

Lucas Torreira - pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang 'menghancurkan' Ronaldo pada perlawanan terdahulu bakal diberikan tugas yang sama sekali lagi dalam 'menghancurkan' jentera serangan Perancis.

Torreira dikenali dengan panggilan 'The Dwart'.

Barisan kemunginan
Dijangkakan Oscar Tabarez bakal mengekalkan barisan yang sama ketika menewaskan Portugal tempoh hari dengan formasi 4-4-2 diamond yang digunakan ketika menentang Portugal dan Rusia.

Cuma, mungkin Cristhian Stuani bakal diturunkan menggantikan Cavani jika tahap kecergasan pemain tersebut masih diragui selepas mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Portugal.

Fernando Muslera (PG); Martin Caceres, Jose Maria Gimenez, Diego Godin, Diego Laxalt; Nahitan Nandez, Lucas Torreira, Matias Vecino, Rodrigo Bentancur, Luis Suarez, Edinson Cavani / Cristhian Stuani.
Barisan kesebelasan utama Uruguay ketika menentang Portugal.



Pemain Utama Perancis.
Antoine Griezmann  - menjaringkan dua gol setakat ini (bagi kejohanan ini) walaupun jaringan terakhir beliau dihasilkan melalui sepakan penalti, namun kelibat pemain berusia 27 tahun ini tidak harus dipandang rendah.

Kylian Mbappe - pemain remaja ini telah mencipta sejarah dengan menjaringkan dua gol pada peringkat  16 pasukan terbaik ataupun pada pusingan kedua ketika menentang Argentina.

Beliau setakat ini telah menjaringkan tiga gol untuk Perancis pada kejohanan kali ini.

Paul Pogba - pemain Manchester United yang bernilai £89juta membuktikan kualitinya dengan prestasi yang mantap sebagai (peranan) deep-lying central midfield ketika menentang Argentina.

N'Golo Kanté - pemain yang tidak perlu dihuraikan bagaimana beliau mampu mengendalikan bahagian tengah serta membantu barisan pertahanan Perancis kerana aksi beliau dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Leicester dan Chelsea cukup mengagumkan.

Barisan kemunginan
Dijangkakan Didier Deschamps bakal mengekalkan barisan yang sama ketika menewaskan Argentina cuma Matuidi bakal digantikan dengan Tolisso.

Perancis dijangka turun dengan formasi 4-2-3-1 sebagaimana perlawanan terdahulu.

Hugo Lloris (PG); Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; N’Golo Kante, Paul Pogba; Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Corentin Tolisso; Olivier Giroud

Kesebelasan utama Perancis menentang Argentina.

RAMALAN

Pasukan manakah bakal layak ke Separuh Akhir

Uruguay
Perancis
Created with PollMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post