Senarai semak Unai Emery pada pra musim

Arsenal bakal memulakan musim baru, 2018/19 dengan berdepan Manchester City pada 11 Ogos 2018 jam 10 malam waktu Malaysia.



Sebelum memulakan aksi liga 2018/19, Arsenal dibawah pengendali baharu, Unai Emery bakal menghadapi empat perlawanan persahabatan (pra musim) dengan perlawanan pertama berdepan Boreham Wood.

Lihat jadual penuh perlawanan Arsenal disini (klik).

Arsenal akan beraksi buat pertama kalinya di bawah kendalian Emery dalam masa kurang dua minggu dari sekarang apabila bertandang ke Boreham Wood untuk mengambil bahagian di Liga Kebangsaan pada hari Sabtu, 14 Julai nanti.

Arsenal kemudiannya akan berlepas ke Singapura untuk bersaing dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa seminggu kemudian sebagai persediaan mereka untuk memulakan kempen Liga Perdana Inggeris 2018/19.

Dalam kita semua teruja untuk melihat bagaimanakah prestasi dan persembahan Arsenal dibawah kendalian Emery, terdapat beberapa perkara yang masih ataupun perlu diselesaikan oleh pengendali baharu Arsenal itu.

PERPINDAHAN

Arsenal setakat ini telah mengesahkan menandatangani tiga pemain baru pada jendela perpindahan musim panas dengan pemain ketiga yang dibawa masuk adalah Sokratis yang diumumkan pada 2 Julai lalu.

Pun begitu, urusan perpindahan Arsenal ini dikatakan masih belum selesai sepenuhnya lagi dengan  dikatakan bahawa Arsenal akan melengkapkan perpindahan Lucas Torreira dari Sampdoria minggu depan.



KONTRAK AARON RAMSEY

Arsenal telah menyelesaikan rundingan pembaharuan kontrak bersama Rob Holding, Ainsley Maitland-Niles, Granit Xhaka dan Calum Chambers yang mana kesemua mereka bersetuju menerima tawaran baru (menandatangani pembaharuan kontrak).

Namun urusan pembaharuan kontrak Aaron Ramsey masih lagi gagal menemui kata putus mahupun penyelesaian.

Dan jika rundingan tersebut gagal, adakah Arsenal akan melepaskan (jual) Ramsey pada musim ini? Ini kerana bagi mengelakkan kehilangan pemain tersebut secara percuma musim berikutnya.

Disini juga dilihat bakal mencetuskan masalah buat Emery dalam membentuk sebuah pasukan mantap musim baru nanti.

Jika Ramsey bersetuju, maka urusan menjadi mudah dan Emery dapat memberi perhatian dalam pembentukan pasukan (kesefahaman pemain).

Namun jika perkara sebaliknya berlaku dan pihak pengurusan bertindak melepaskan Ramsey, sudah tentu urusan Emery menjadi sedikit sukar.

Selain mencari pengganti kepada Ramsey, tugas untuk membentuk kesefahaman dikalangan pemain juga pasti akan mengambil masa.

Lebih-lebih lagi kebanyakkan pemain kini terlibat dengan Kejohanan Piala Dunia dan bakal diberikan cuti tambahan.

Ini termasuklah jika Arsenal berjaya menandatangani pemain Uruguay,  Lucas Torreira. Sudah pasti pemain tersebut bakal mengambil masa untuk bersama pasukan serta masa yang diperlukan dalam membentuk kesefahaman dikalangan rakan sepasukan.



KAPTEN PASUKAN

Soal pelantikan kapten pasukan juga berkait rapat dengan kontrak Ramsey.

Dengan persaraan Per Mertesacker dan kecederaan serta aksi (konsisten) Koscielny ketika ini, kemungkinan lilitan lengan itu bakal diberikan kepada Ramsey setelah ketiadaan Jack Wilshere.

Bagitu juga dengan pilihan sebelum ini Petr Cech, dengan kemasukan Bernd Leno, kemungkinan posisi penjaga gol utama juga bakal berubah dan lilitan tersebut lebih sesuai diberikan kepada Ramsey.

Pun begitu, seandainya Ramsey tidak lagi bersama Arsenal, calon-calon lain yang mungkin layak adalah Granit Xhaka ataupun Stephan Lichtsteiner dan Sokratis.

PRA MUSIM

Kemungkinan kita bakal mengetahui formasi yang bakal digunakan Emery pada aksi persahabatan nanti.

Serta, sudah tentu amat menarik untuk melihat bagaimana beliau menggunakan ataupun menggandingkan dua pemain termahal Arsenal iaitu Pierre Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.

Beliau sebelum ini terkenal dengan formasi asas 4-2-3-1.


Apa pun yang bakal terjadi, sudah tentu Emery perlu memastikan pasukan Arsenal berada ditahap terbaik selain membuktikan pelantikan beliau merupakan sesuatu yang tepat bagi mengembalikan keyakinan penyokong dan peminat Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post