Galatasaray mahukan penyerang Arsenal yang terpinggir, Lucas Perez

Media Turki, AMK Spor mendakwa pegawai Galatasaray sedang meninjau pasaran perpindahan musim panas ini untuk mencari pemain yang mampu meringankan bebanan penyerang mereka, Bafetimbi Gomis.



Turut dilaporkan bahawa seorang ejen telah memberi mereka kesempatan untuk menandatangani Lucas Perez dari Arsenal.

Penyerang Sepanyol itu tidak menikmati masa terbaik secara pinjaman di Deportivo La Coruna dalam kempen terakhir musim lalu apabila pasukan tersebut tersingkir daripada saingan La Liga (beraksi di liga ke-2 Sepanyol musim depan).

Bafetimbi Gomis, 32 tahun menyertai Galatasaray pada 28 Jun 2017. Kredit foto : Goal
Menurut AMK, pemain Arsenal mahukan permulaan baru dalam karier bolasepak beliau dan Galatasaray boleh menawarkannya peluang itu. 

Walau bagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat oleh pengurus pasukan tersebut, Fatih Terim.

Terim sebelum ini menyatakan bahawa beliau memerlukan seorang penyerang serba boleh yang boleh bermain di mana-mana posisi pada bahagian serangan dan Perez dilihat sebagai calon sesuai untuk mengisi keperluan pengendali Galatasaray itu.


Ia turut mendakwa bahawa pasukan 'scout' Galatasaray telah membentangkan laporan terperinci kepada Terim mengenai penyerang Arsenal itu dan difahamkan bahawa pengendali berusia 64 tahun  itu sedang mempertimbangkan untuk menandatangani pemain tersebut.

Jika perpindahan ini terjadi, ianya mungkin meranapkan impian sebahagian penyokong dan peminat Arsenal untuk melihat Lucas Perez beraksi dibawah kendalian Unai Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post