Carl Jenkinson, adakah beliau bakal terselamat kali ini?

PERTAHANAN kanan, Carl Jenkinson telah bersama The Gunners hampir lapan tahun namun masih gagal untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.



Berusia 27 tahun, pemain yang memulakan karier awal bolasepaknya dengan menyertai akademi Charlton Athletic pada usia tujuh tahun, kemudiannya menjadi salah seorang The Gunners pada bulan Jun 2011.

Sebelum menyertai Arsenal dan ketika bersama Charlton, beliau telah dipinjamkan kepada kelab Welling United dan Eastbourne Borough pada 2010, dengan bertujuan memberi pendedahan kepada beliau.

Jenko menandatangani kontrak bersama Arsenal pada Jun 2011.
Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk memikat pengurusan Arsenal apabila selepas setahun menandatangani kontrak profesional pertama beliau bersama Charlton, beliau akhirnya berjaya menyertai kelab Utara London yang juga merupakan kelab yang diminatinya.

Pat Rice, ketika itu masih menjadi penolong kepada Arsene Wenger, merupakan individu bertanggungjawab dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan yang ada pada Jenkinson dan beliau berjaya membawa pertahanan kanan itu menyertai Arsenal pada nilai perpindahan yang dilaporkan berjumlah £1 juta.

MASIH TERSELAMAT

Kini selepas hampir lapan tahun bersama Arsenal, beliau masih terselamat tatkala rakan-rakan seperjuangan beliau yang lain sudahpun tiada dan bakal tiada bersama The Gunners.

Tujuh tahun yang lalu, Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs dan Alex Oxlade-Chamberlain menandatangani perjanjian baru dan mereka ini dikenali dengan panggilan 'Bristish core'





KIPAS SUSAH MATI - DIE HARD FAN


Tidak dapat dinafikan bahawa beliau sememangnya peminat sejati Arsenal dengan pelbagai koleksi barangan kelab menjadi kebanggaan malahan beliau juga menempah mesej khas diluar Stadium Emirates untuk mendiang datuknya.

"I am a fan of this club and that will never change. I am just lucky enough to have been given the ability and the chance to play for my club.

"I was going to watch Arsenal the same as the fans were and [now] just count myself very lucky to represent them as a fan who has become a player.

"It doesn’t come around very often and I just feel privileged and honoured to be that person." 
-- Jenkinson via Daily Mail.


Antara barangan Arsenal yang menjadi koleksi Jenko.
Mesej khas untuk mendiang datuknya yang tidak sempat untuk melihat beliau menjadi seorang Gunner.


"I just wanted something for my grandad. It has always been a bit of a regret that he has not been able to come to my games since I’ve been at Arsenal.

"It is well documented that my dad is a massive Arsenal fan but grandad was just the same, and I was very close to him.

"It’s a regret that he has not been able to watch me, but I am sure he is looking down at how things are going for me and the fact I’m playing for Arsenal."


SKUAD ENGLAND



Walaupun beliau ketika ini tidaklah begitu menonjol, namun Pada Oktober 2012, pengurus England ketika itu, Roy Hodgson mengesahkan bahawa Jenkinson telah dipanggil menyertai pasukan senior bagi peringkat kelayakkan Piala Dunia menentang Poland.

Namun begitu, beliau hanya membuat penampilan sulung untuk England pada 14 November 2012, sebagai pemain gantian apabila masuk pada minit ke-74 minit menggantikan Glen Johnson dalam perlawanan yang menyaksikan England tewas 4-2 kepada Sweden.

Selain itu, beliau juga pernah mewakili skuad England Bawah 21 dan 17 serta turut pernah mewakili skuad Finland Bawah 21 dan 19 tahun.

REKOD PENAMPILAN DAN KELAB
Kelab Musim Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Charlton Athletic 2009–11 League One 9 - -
Welling United (loan) 2009–10 Conference South 10 - -
Eastbourne Borough (loan) 2010–11 Conference Premier 5 - -
Arsenal 2011–19 Premier League 69 1 5
West Ham United (loan) 2014–16 Premier League 59 2 2
Birmingham City (loan) 2017–18 Championship 9 - -
Jumlah keseluruhan 161 3 7


KONTRAK BERAKHIR
Beliau bakal menamatkan kontrak bersama Arsenal pada penghujung musim ini dan adakah beliau akan terus kekal (diberi penyambungan kontrak) bersama kelab ataupun bakal dilepaskan nanti?

Adakah beliau kali ini akan terselamat daripada dilepaskan?

Semenjak menyertai The Gunners, beliau telah menandatangani dua kali pembaharuan kontrak dengan kali pertama adalah pada 2012 dan kali terakhir (terkini) pada 2015.

POSISI
Selain posisi sebagai pertahanan kanan, beliau sebenarnya adalah merupakan seorang pemain yang mampu beraksi pada mana-mana posisi pertahanan (full back), pada posisi selaku pertahanan kiri dan pertahanan tengah.

Dan jangan terkejut, beliau juga mampu beraksi sebagai penjaga gol.

Jenkinson terpaksa menjadi penjaga gol setelah Adrian (penjaga gol West Ham) dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Leicester , tahun 2015.

Rekod penampilan bersama Arsenal (setakat ini).
Musim EPL FA Cup League Cup Eropah Jumlah
P G P G P G P G P G
2011–12 9 0 0 0 1 0 4 0 14 -
2012–13 14 0 1 0 1 0 5 0 21 -
2013–14 14 1 3 0 2 0 3 0 22 1
2016–17 1 0 0 0 2 0 2 0 5 -
2018–19 2 0 1 0 1 0 3 0 7 -
JUMLAH 40 1 5 0 7 0 17 0 69 1

Post a Comment

Previous Post Next Post