Respon Suarez berhubung masa depan beliau di Arsenal.


DENIS SUAREZ bertindak balas dengan memberi respon kepada laporan yang mengatakan bahawa beliau akan dihantar pulang ke Barcelona.



Suarez menyertai The Gunners secara pinjaman dari gergasi LaLiga pada Januari lalu dan beliau kini masih gagal memikat Emery setelah hampir tiga bulan di Emirates.

Setakat ini, beliau baru empat kali membuat penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan penampilan tersebut adalah sebagai pemain gantian dengan tempoh keseluruhan selama 67 minit.

Statistik Suarez bersama The Gunners dalam saingan Liga Perdana setakat ini.
Semalam, media melaporkan dimana beliau akan dihantar pulang ke Barcelona selepas gagal memikat pengendali Arsenal, Unai Emery.

Namun beliau telah memberi respon melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen "Kembali menjalani latihan. Biarkan mereka terus bercakap," dengan berlatarkan gambar sesi latihan beliau.


Arsenal mempunyai pilihan untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun itu dengan nilai sebanyak £ 18 juta pada akhir musim ini.

Namun kebanyakkan laporan media minggu ini melaporkan bahawa Unai Emery kecewa dengan pemain tersebut yang gagal memberikan sebarang impak setakat ini dan tidak berhasrat untuk menandatangani Suarez secara kekal.

Sekiranya Arsenal tidak menandatangani Suarez secara kekal, mengikut laporan, The Gunners masih mempunyai pilihan lain seperti pemain tengah Paris Saint-Germain, Christopher Nkunku dan pemain Rennes, Ismaila Sarr.

Post a Comment

Previous Post Next Post