Carlo Ancelotti pilihan Arsene Wenger, bukan Unai Emery

ARSENE WENGER pilih bekas pengurus Chelsea, bukan Unai Emery untuk menggantikan beliau di Emirates.



Selepas hampir 22 tahun berkhidmat sebagai pengurus The Gunners, Arsene Wenger akhirnya melepaskan jawatan tersebut walaupun masih berbaki setahun lagi untuk menamatkan kontrak beliau di Emirates.


Menurut wartawan Ciro Venerato, Ancelotti merupakan pilihan Wenger untuk menggantikannya di Arsenal musim ini  dan bukannya Unai Emery.


Bercakap kepada rancangan terbitan TV Luna - 'Show Goal', perkara demikian telah dinyatakan oleh Venerato ketika membincangkan mengenai situasi kelab Utara London yang bakal berdepan Napoli dalam saingan Liga Europa.



"Arsenal-Napoli? Saya beritahu kepada anda sebuah cerita di belakang tabir (behind-the scenes) yang bermula pada musim panas lalu apabila Arsene Wenger menyatakan Carlo Ancelotti sebagai pewaris dan pengganti yang mungkin di bangku simpanan Arsenal, "katanya.

"Carlo Ancelotti, seperti yang anda ketahui, mempunyai isteri warganegara Kanada dan seluruh ahli keluarga mereka tinggal di London. Jadi dia berminat ...

"Arsenal kemudian memilih Unai Emery dan pada masa itu Carlo Ancelotti menandatangani kontrak bersama Napoli, namun dia tidak akan melupai bahawa Arsenal menolaknya," katanya.

Pun begitu, Arsenal tetap mempamerkan aksi yang baik di bawah kendalian Unai Emery dan masih berpeluang untuk menamatkan saingan dikalangan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris serta masih berada di landasan untuk memburu kejuaraan Liga Europa.

Arsenal bakal berdepan Napoli yang dibimbing oleh Carlo Ancelotti pada suku akhir Liga Europa yang dijadualkan berlangsung pada 12 April ini (perlawanan pertama).

Post a Comment

Previous Post Next Post