Kroenke Junior tegaskan Arsenal berada dilandasan yang betul.

JOSH KROENKE menegaskan bahawa Arsenal masih mempunyai beberapa perkara untuk dilakukan dalam usaha mereka menyusun semula kelab selepas ketiadaan Arsene Wenger.



Anak lelaki kepada Stan Kroenke itu merupakan naib pengerusi KSE dan KSE UK serta merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Arsenal, menyokong keputusan Ivan Gazidis untuk merekrut Sven Mislintat dan Raul Sanllehi sebagai sebahagian daripada hierarki baru The Gunners.

Beliau juga bekerja rapat dengan Vinai Venkatesham sejak bekas CEO Arsenal itu (Ivan Gazidis) menyertai AC Milan.

Dalam tempoh 12 bulan terkini, begitu banyak perubahan dibelakang tabir berlaku di Emirates  dan perkembangan tersebut tidak banyak memberi manfaat kepada para pemain.


Namun Kroenke Jr menegaskan bahawa dengan Unai Emery menjadi pengendali pasukan, The Gunners kini berada dilandasan yang betul dalam menrealisasikan hasrat dan hala tuju pasukan.

"Kami jelas melalui tempoh perubahan berikutan pengurus (Wenger) meninggalkan pasukan selepas 22 tahun," katanya kepada Telegraph.

"Banyak perkara yang datang dengan peralihan magnitud itu. Kami tahu ini akan menjadi satu proses dan, secara keseluruhan, saya fikir kami gembira dengan kemajuan kami.

"Saya fikir jika anda melihat di mana kami berada pada 12 bulan lalu, anda dapat melihat bahawa kami mungkin beralih ke arah model Amerika Utara atau benua Eropah di mana terdapat banyak sokongan disekeliling ketua jurulatih.

"Tugas itu begitu besar. Anda dapat melihat struktur organisasi yang kami cuba laksanakan dan kami masih dalam proses mengisi jawatan tersebut. "



Setelah beberapa tahun menjadi pemegang saham majoriti, keluarga Kroenke akhirnya berjaya mengambil alih sepenuhnya Arsenal pada bulan Ogos lalu apabila mereka membayar £ 600 juta untuk memilik saham Alisher Usmanov

Ia kelihatan seolah-olah mereka bersedia untuk kekal bersama bagi tempoh jangka panjang, yang mungkin menyebabkan Josh begitu yakin memohon kesabaran daripada peminat untuk  menantikan keputusan terbaik yang bakal dilakukan beliau, dalam melaksanakan perubahan selanjutnya.

"Semua orang dalam sukan mahu kejayaan segera," katanya. 

"Apabila kamu melihat Liverpool, ketika mereka menukar pengurus mereka, mereka memerlukan masa. Kami mempunyai beberapa perkara yang kami cuba untuk melaksanakan secepat mungkin tetapi ia mengambil masa untuk mendapatkan perkara yang anda inginkan.

"Terdapat beberapa kotak yang masih perlu ditandakan. Kami tahu perkara utama dalam sukan adalah kemenangan dan kami juga mahukan itu sama seperti peminat. "

Selain menantikan kejayaan ataupun perubahan seterusnya yang bakal dilakukan Josh, perkembangan Kroenke yang memiliki 98.2% pegangan saham Arsenal juga amat merisaukan dengan mereka sekarang diberikan hak untuk membeli kesemua pegangan saham yang dimiliki oleh peminat Arsenal (Arsenal Foundation Fund). 



Yang nyata, beliau bukan sahaja dibenci oleh rakyat Amerika yang menyokong pasukan Los Angeles Rams malahan beliau juga dibenci oleh rakyat UK termasuklah kita semua yang menyokong Arsenal.

Peminat membenci beliau (Kroenke) kerana membunuh semangat komuniti pasukan dan memperlakukannya seperti tidak lebih dari satu perniagaan.


Post a Comment

Previous Post Next Post