Cesc Fabregas dedahkan apa yang Patrick Vieira beritahu kepada presiden Nice

PATRICK VIERA secara berseloroh mengatakan bahawa Cesc Fabregas memaksa beliau keluar dari Arsenal sebelum bekas kapten The Gunners itu meninggalkan Utara London untuk menyertai Juventus. 



Semenjak itu, Fabregas menjadi watak penting pasukan Arsene Wenger setelah ketiadaan Vieira.

"Budak inilah yang membuatkan saya meninggalkan Arsenal" - Vieira.

Cesc Fabregas mendedahkan apa yang dikatakan Patrick Vieira kepada presiden Nice ketika bekas rakan sepasukan itu bertemu dalam saingan Ligue 1 (Monaco vs Nice ).

Highlight perlawanan AS Monaco vs OGC Nice

Fabregas menjadi sebahagian daripada watak penting The Gunners pada tahun 2005 dan Vieira  pula memutuskan untuk meninggalkan pasukan bagi menyertai pasukan Serie A, Juventus.

Pemain Sepanyol itu mendedahkan bahawa mereka berdua telah bersembang mengenai masa mereka dahulu (ketika berada di Arsenal) apabila mereka berdua bertemu di Perancis.

Pemain tengah AS Monaco itu memberitahu Nice-Matin, "Saya melihat Patrick Vieira ketika kami bermain melawan Nice dengan Monaco".

"Ia sangat lucu kerana saya berjumpa dengannya di dalam bilik persalinan sebelum perlawanan, dia bersama Presiden Nice dan dia berkata kepadanya sambil memandang saya, "Presiden, inilah budak yang memaksa saya meninggalkan Arsenal."

Fabregas meninggalkan Chelsea untuk menyertai Monaco pada Januari lalu selepas khidmat beliau seakan tidak diperlukan lagi di bawah kendalian Maurizio Sarri dan beliau telah mendedahkan dimana beliau terpaksa menghadapi cabaran itu.

 "Saya sedih apabila meninggalkan London dan Liga Perdana Inggeris." jelas Fabregas.

"Ia mewakili 10 tahun hidup saya tetapi juga sangat teruja untuk mencari cabaran baru, mungkin yang paling sukar dalam kerjaya saya. Saya tidak pernah takut terhadap cabaran. "

Vieira merupakan pengurus Nice dan pasukan itu menduduki tangga ke-9 liga Perancis dengan mengumpul 41 mata hasil daripada 29 perlawanan (11 menang, 8 seri dan 10 kekalahan).

Manakala Fabregas pula telah beraksi 10 perlawanan secara keseluruhan buat AS Monaco setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post