🎥 Arsene Wenger puji persiapan Qatar untuk Piala Dunia 2022.

KEJOHANAN Piala Dunia FIFA 2022 merupakan edisi ke-22 dan bakal diadakan di Qatar pada penghujung November tahun tersebut.



Edisi kali ini juga menyaksikan dimana Kejohanan Piala Dunia pertama yang tidak akan diadakan pada bulan Mei, Jun, atau Julai dengan ianya dijadualkan berlangsung pada akhir bulan November hingga pertengahan Disember. 

Kejohanan ini juga akan dilangsungkan dalam tempoh (jangka masa) kurang dari 28 hari secara keseluruhannya dengan perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 18 Disember 2022, yang juga merupakan Hari Kebangsaan Qatar.

Dan persiapan Qatar dalam memastikan kejohanan terulung bolasepak itu berjalan lancar mendapat pujian bekas jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yang mengunjungi ibu pejabat Jawatankuasa Tertinggi Penyerahan dan Legasi di Doha.


"Saya kagum dengan kualiti perancangan untuk Piala Dunia, termasuk rancangan pembangunan selepas itu." kata Wenger.

"Piala Dunia ini diintegrasikan ke dalam komuniti dan terdapat banyak rancangan untuk memastikan ia tidak menjadi sia-sia selepas kejohanan

"Projek untuk acara itu sangat hebat namun masyarakat akan memanfaatkannya selepas Piala Dunia, yang mana ianya adalah idea yang hebat. "

"Ini satu pengajaran yang baik untuk setiap negara. Jika anda bermula dengan pendidikan berkualiti, perancangan dan pembinaan berkualiti, anda mendapat hasil yang baik,".

Post a Comment

Previous Post Next Post