Arsenal sedia tawarkan kontrak baru kepada Matteo Guendouzi.

ARSENAL dilaporkan sedia untuk memberi ganjaran kepada Mattéo Guendouzi dengan kontrak mega selepas aksi beliau di musim pertama yang menyakinkan.



Guendouzi menyertai The Gunners pada musim panas lalu daripada Lorient dan tidak dijangka pada awalnya untuk menjadi sebahagian daripada ahli skuad utama musim ini.

Namun, pemain berusia 20 tahun itu telah mempamerkan aksi yang menyakinkan dan berjaya memikat pengendali baharu Arsenal, Unai Emery sehinggakan beliau menjadi salah seorang pemain utama pasukan The Gunners.

Gaji dan kontrak pemain Arsenal musim 2018-19
Pemain Umur Gaji Mingguan Baki Kontrak
Bernd Leno (pemain baharu) 22 £90,000 5 tahun (2023)
Petr Cech 36 £100,000 Tahun terakhir (2019)
David Ospina 29 £40,000 2 tahun (2020)
Sokratis (pemain baharu) 30 £90,000 3 tahun (2021)
Shkodran Mustafi 26 £90,000 3 tahun (2021)
Laurent Koscielny 32 £90,000 2 tahun (2020)
Calum Chambers 23 £25,000 5 tahun (2022)
Rob Holding 22 £40,000 5 tahun (2023)
Konstantinos Mavropanos 20 £25,000 5 tahun (2023)
Krystian Bielik 20 £25,000 2 tahun (2020)
Sead Kolasinac 25 £119,500 4 tahun (2022)
Nacho Monreal 32 £65,000 Tahun terakhir (2019)
Héctor Bellerín 23 £100,000 5 tahun (2023)
Stephan Lichtsteiner (pemain baharu) 34 £90,000 1 tahun (2019)
Mohamed Elneny (kontrak baru) 26 £55,000 4 tahun (2022)
Aaron Ramsey 27 £110,000 Tahun terakhir (2019)
Granit Xhaka (kontrak baru) 25 £90,000 5 tahun (2023)
Lucas Torreira (pemain baharu) 22 £75,000 5 tahun (2023)
Mattéo Guendouzi (pemain baharu) 19 £40,000 4 tahun (2022)
Mesut Özil (kontrak baru) 29 £300,000 3 tahun (2021)
Alex Iwobi 22 £30,000 2 tahun (2020)
Henrikh Mkhitaryan 29 £120,000 3 tahun (2021)
Pierre-Emerick Aubameyan 29 £180,000 3 tahun (2021)
Danny Welbeck 27 £70,000 Tahun terakhir (2019)
Alexandre Lacazette 27 £140,000 4 tahun (2022)



Guendouzi ketika ini dipercayai menerima sebanyak £40,000 seminggu dan berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh media UK, Daily Mail, pemain yang dibawa masuk ke Emirates musim ini dengan bayaran perpindahan sebanyak £7.20 juta, bakal menikmati kenaikan gaji hampir dua kali ganda dalam tawaran baru itu.

Daily Mail percaya bahawa The Gunners sedia menawarkan pemain tengah itu kenaikan gaji yang besar dengan satu perjanjian bernilai sekitar £75,000 seminggu.

Di percayai bahawa perjanjian baru itu juga akan mengekalkan pemain tersebut di Emirates sehingga 2023.

Rekod penampilan Guendouzi.
Saingan Musim 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit beraksi
Premier League 33 - - 2,141'
Europa League 10 1 - 638'
FA Cup 1 - - 26'
EFL Cup 3 - 2 211'
JUMLAH 47 1 2 3,016'

Guendouzi mempunyai tiga caps untuk pasukan Perancis bawah 21 tahun, menyertai akademi Paris Saint-Germain pada usia enam tahun dan berada di sana sebelum berpindah ke Lorient ketika berusia 15 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post