Liga Perdana 2018/19: Bintang-bintang yang gagal menyerlah musim ini

MUSIM 2018/19  Liga Perdana Inggeris telah pun berakhir dan kita semua tidak akan dapat menyaksikan aksi-aksi pemain dan juga pasukan kegemaran kita beraksi dalam tempoh tiga bulan lagi.



Sudah pasti ada yang kecewa dan ada yang gembira dengan prestasi pasukan serta pemain yang disokong sepanjang musim tersebut.

Berdasarkan laporan Fox Sport, mereka telah menyenaraikan sebelas pemain yang membentuk kesebelasan utama dimana mereka semua ini gagal beraksi dengan cemerlang musim ini.

Kesebelasan tersebut terdiri daripada bintang-bintang yang sebelum ini dijangka 'meletup' dan memberi impak kepada pasukan serta kegembiraan kepada penyokong mereka dan bukanlah sebaliknya (mengecewakan).

Berikut adalah kesebelasan utama yang gagal menyerlah mengikut Fox Sport:

GK - David de Gea

Penjaga gawang Manchester United telah menjadi watak utama dalam mengembalikan kegemilangan kelab tersebut dalam tempoh empat musim yang lalu.

Aksi cemerlang beliau sebelum ini banyak membantu pasukan tersebut dengan menyelamatkan beberapa aksi berbahaya pasukan lawan, namun musim 2018/19 pasti menjadi sesuatu yang ingin dilupakan oleh pemain Sepanyol itu.

Selepas mengumpulkan sebanyak 18 perlawanan tanpa bolos musim lepas, De Gea pada musim ini hanya mengumpul tujuh perlawanan tanpa bolos dengan menyaksikan United dibolosi sebanyak 54 gol, paling banyak di kalangan enam teratas dan yang kedua paling banyak di kalangan 10 teratas liga. 

Beliau juga telah membuat lebih banyak kesilapan yang membawa kepada gol dalam satu musim  (musim ini) berbanding dengan keseluruhan musim sebelumnya untuk United.

RB - Ashley Young

Memikul tanggungjawab sebagai kapten Manchester United bagaikan memberikan tekanan buat beliau bagi membentuk perlawanan yang menarik dan cemerlang setiap minggu. 

Maka tidak hairanlah Young gagal dalam berbuat demikian dan dengan itu Fox Sport menyenaraikan pemain tersebut dalam senarai kesebelasan pemain yang gagal menyerlang musim ini.

Walaupun beliau bukanlah pemain pertahanan terbaik dalam liga, namun Young sepatutnya memimpin pasukan United berjuang sepanjang musim lalu, namun beliau gagal melakukannya. 

Dalam 29 penampilan beliau dalam liga, pemain Inggeris itu kurang membantu bahagian serangan dan juga gagal membantu pada bahagian pertahanan.



CB – Shkodran Mustafi

Pemain pertahanan tengah Arsenal ini merupakan salah seorang pemain yang boleh dikatakan paling teruk dikalangan ahli pasukan The Gunners musim ini dan salah satu sebab utama mengapa mereka gagal menamatkan saingan di tangga teratas liga. 

Dengan jentera serangan Arsenal berada dalam prestasi terbaik apabila menjaringkan sebanyak 70 gol musim ini, barisan pertahanan masih lagi sama dengan prestasi buruk.

Mustafi telah terlibat dalam kesilapan yang menyebabkan Arsenal dibocori pihak lawan dalam beberapa siri perlawanan penting dan beliau adalah salah seorang pemain yang peminat serta penyokong Arsenal mahu melihat beliau meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan musim panas ini.

CB - Chris Smalling

Seorang lagi pemain Manchester United dan beliau merupakan salah seorang pemain pertahanan yang gagal mempamerkan aksi yang menyakinkan dan sering membiarkan peminat mereka mengalami kekecewaan. 

Beraksi dalam 24 daripada 38 perlawanan liga untuk mereka, Smalling tidak dapat membantu United daripada dibolosi sebanyak 54 gol.

Pemain pertahanan itu juga telah menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkan beliau sehingga 2022.

LB - Marcos Alonso

Marcos Alonso, seorang lagi pemain pertahanan gagal mempamerkan aksi cemerlang pada musim ini dan gagal dalam membantu barisan pertahanan Chelsea.

Walaupun beliau sering membantu jentera serangan dengan melakukan larian keatas di sebelah kiri, namun beliau sering meninggalkan banyak ruang untuk pihak lawan melakukan serangan berbahaya.

Dia berjaya menjaringkan dua gol dan enam bantuan gol dalam saingan liga musim ini, namun peminat Chelsea menginginkan lebih banyak daripada beliau musim depan kerana mereka tidak dapat menandatangani pemain baru pada jendela perpindahan nanti.
CM - Naby Keita

Pemain tengah Liverpool itu dipercayai menjadi salah seorang pemain terbaik yang ditandatangani dalam sejarah kelab baru-baru ini, namun persembahannya ternyata begitu mengecewakan.

Dari 25 penampilan, beliau berjaya menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol, jauh lebih rendah dari apa yang diharapkan dari pemain yang dibawa masuk dengan nilai kira-kira £54 juta.

Prestasi kurang memberangsangkan daripada pemain tengah itu membuat beliau sering dipinggirkan dalam beberapa siri perlawanan dan  sudah tentu peminat mengharapkan persembahan yang lebih baik pada musim depan.

CM - Fred

Pemain tengah Manchester United itu merupakan pemain yang berprofil tinggi ketiaka ditandatangani tetapi kehadiran beliau ternyata menjadi bencana untuk skuad The Reds Devil, sekurang-kurangnya dalam liga.

Beliau dipinggirkan daripada skuad tersebut selepas prestasi yang dipersoalkan, Fred hanya dapat mengumpul satu gol dan satu bantuan gol dalam 17 penampilan.

Walaupun prestasinya bertambah baik pada separuh kedua musim ini, jelas beliau perlu bekerja keras lagi bagi menawan pengendali United pada musim yang akan datang serta menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

CAM - Mesut Ozil

Sukar untuk menafikan bahawa pemain ini pernah menjadi salah seorang pemain terbaik Arsenal, namun musim ini persembahan beliau sering kali dipersoalkan.

Prestasi beliau turut ditenggelami dan dibayangi dengan persembahan mantap Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Ozil, merupakan pemain terpantas mencipta 50 bantuan gol dalam sejarah EPL, namun musim ini beliau hanya berjaya mencipta dua bantuan gol sahaja untuk rakan sepasukannya dalam liga.

Dengan lima gol yang berjaya dijaringkan beliau, ianya masih gagal membantu dalam isu persembahan beliau musim ini yang menjadi persoalan.

FW - Alexis Sanchez

Salah seorang pemain yang paling teruk dalam sejarah penampilan Liga Perdana Inggeris, Alexis Sanchez terpaksa berada pada senarai ini.

Penyerang Manchester United menghadapi musim terburuk dalam hidupnya, yang pasti beliau mahu melupakannya.

Dalam 20 penampilan, Sanchez hanya berjaya menjaringkan satu gol dan tiga bantuan gol, di mana  ianya begitu jauh jika dibandingkan dengan prestasi beliau ketika bersama Arsenal.


FW - Andre Schurrle

Penyerang Jerman tiba di Fulham dengan harapan tinggi diletakkan terhadapnya.

Walau bagaimanapun, bekas pemenang Liga Perdana (bersama Chelsea) gagal membantu Fulham untuk kekal berada dalam Liga Perdana musim depan.

Schurrle hanya menjaringkan enam gol, gagal menghasil bantuan gol dalam 24 penampilan yang dibuatnya musim ini.

Pemain yang dipinjamkan daripada kelab Jerman, Borussia Dortmund akan kembali ke Bundesliga musim depan dengan rekod prestasi yang menyedihkan kali ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

FW - Romelu Lukaku

Penyerang Manchester United, apabila ditandatangani dari Everton, dijangka akan meletup di kelab tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas musim pertama yang baik, prestasi cemerlang beliau gagal dipamerkan dan berada dalam kesebelasan permulaan pasukan itu.

Dalam 32 perlawanan musim ini, beliau telah menjaringkan 12 gol dan menghasilkan satu bantuan gol.

Beliau juga telah melepaskan sebanyak 15 peluang besar musim ini, yang jelas kembali menghantui United setelah mereka gagal dalam merebut slot beraksi dalam kelayakkan Liga Juara-Juara Eropah.

Anda juga boleh melihat senarai pemain pemain yang gagal beraksi cemerlang musim ini mengikut laporan GMS:



Post a Comment

Previous Post Next Post