Legenda Arsenal cadangkan Emery untuk menandatangani tiga pemain baharu musim panas ini.

LAGENDA Arsenal, Nigel Winterburn berpendapat Unai Emery perlu mengukuhkan tiga posisi penting pada jendela perpindahan musim panas ini.



The Gunners menamatkan saingan liga musim ini dengan menduduki tangga kelima dalam Liga Perdana Inggeris pada musim pertama mereka sejak Arsene Wenger tidak lagi mengendalikan kelab.

Malahan mereka masih berpeluang untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan seandainya mampu menewaskan Chelsea di final Liga Europa penghujung bulan ini.

Bagaimanapun, Winterburn berpendapat bahawa The Gunners masih perlu mengukuhkan beberapa posisi walaupun beliau begitu teruja untuk musim depan.

Winterburn beraksi untuk Arsenal dari tahun 1987 sehingga 2000.
"Saya ingin melihat seorang pemain sayap menyerang yang laju datang ke kelab , seorang pemain tengah berpontensi dan banyak yang diperkatakan mengenai keperluan untuk mengukuhkan pada bahagian pertahanan," kata Winterburn kepada Love Sport Radio.

"Tetapi saya fikir Unai Emery mungkin melihat kepada Rob Holding, yang mempunyai tempoh enam bulan yang hebat sebelum mengalami kecederaan lutut yang serius.

"Dia datang dan kelihatan sangat.. sangat konsisten. Ia hanya satu kes di mana Unai Emery merasakan dia perlu menguatkan (posisi).

"Semua orang mengatakan bahawa pertahanan Arsenal tidak begitu hebat lagi musim ini tetapi bukan hanya soal pertahanan. 

"Ia mengenai Arsenal begitu cepat mengalah ketika dibolosi.

"Saya sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku kepada Arsenal musim depan dan saya sangat tertarik untuk melihat Emery memutuskan bahagian mana Arsenal perlu diperkuatkan lagi.

"Tetapi pada fikiran saya, ia adalah pemain sayap, pemain tengah dan seorang pertahanan tengah.

"Namun saya tidak dapat melihat lebih banyak daripada itu yang akan datang ke kelab kerana kami mendengar bahawa Arsenal tidak mendapat banyak wang untuk dibelanjakan."

Post a Comment

Previous Post Next Post