Gabriel Paulista: Saya berhak dapat lebih banyak peluang di Arsenal.

GABRIEL PAULISTA percaya beliau tidak diberikan peluang secukupnya bagi membuktikan kemampuan beliau ketika berada di Emirates namun kini bahagia bersama Valencia.

Pemain pertahanan tengah kelahiran Brazil ini menyertai Arsenal dari Villarreal pada awal tahun 2015, namun gagal beraksi secara konsisten serta gagal memikat Arsene Wenger sepanjang dua musim setengah di Emirates.

Sepanjang menyarung jersi Arsenal, Paulista telah membuat 64 penampilan secara keseluruhan dalam kesemua pertandingan dengan 46 kali beraksi di dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Paulista kemudiannya kembali beraksi di La Liga setelah meninggalkan The Gunners dengan menyertai Valencia pada Ogos 2017 dan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Sepanyol itu.

Penyertaan beliau ke Valencia juga menyaksikan dimana beliau kembali bersatu dengan bekas pengurusnya ketika berada di Villarreal, Marcelino dan kini beliau merupakan pemain pertahanan utama di Mestalla.

Pemain berusia 28 tahun itu merasakan beliau kini sudah memperolehi apa yang diinginkan selaku pemain bolasepak dengan menjadi pemain tetap yang sentiasa beraksi untuk pasukan.

Saingan 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
LaLiga 28 - 1 2,445'
Champions League 5 - - 450'
Europa League 5 - - 404'
Copa del Rey 4 - - 360'
JUMLAH 42 - 1 3,659'

"Dengan menghormati Arsenal, saya tidak mempunyai apa-apa untuk membuktikannya lagi," katanya kepada Independent menjelang perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa diantara Valencia dan Arsenal.

"Di Liga Perdana, saya cuba membuktikan nilai dan prestasi saya tetapi saya tidak mendapat peluang. Apabila saya bermain, ia sering disebabkan oleh kecederaan yang dihadapi oleh rakan sepasukan saya.

"Saya layak beraksi lebih daripada itu.

"Saya sedih kerana saya tahu saya mempunyai kemampuan untuk bermain tetapi orang lain tidak fikir begitu.

"Saya bukan jenis pemain yang terkesan dengan perkara yang terlalu banyak dibicarakan. Saya tidak mengendahkan apa yang diperkatakan mengenai saya di England, tetapi saya tidak fikir sesiapa mengharapkan saya untuk melakukan tugas sebagaimana saya sedang lakukan di Valencia.

"Lebih banyak tekanan di sini dan saya mahu memperbaiki lebih banyak lagi, saya mahu menjadi yang terbaik setiap hari.

Gabriel merasakan masa beliau di Arsenal dimusnahkan oleh ketidakpastian mengenai masa depan pengurus pasukan Arsene Wenger, yang melepaskan jawatan pada penghujung musim 2017-18.

"Saya tiba ketika Arsene Wenger berada di tahun terakhir dan anda boleh merasakan sesuatu yang berbeza di dalam bilik persalinan dengan segera," katanya.

"Dia banyak membantu saya untuk menjadi orang lain di dalam dan di luar padang. Dia dihormati oleh semua pemain dan kakitangan, tetapi suasana begitu ketara.

"Setiap hari, anda boleh mengatakan ini adalah momen terakhirnya (menunjukkan) di kelab itu, kami tahu dia (Wenger) boleh pergi pada bila-bila masa. "

Post a Comment

Previous Post Next Post