Kesebelasan utama pemain Valencia bertemu Arsenal

AKHBAR Sepanyol memberikan gambaran kesebelasan utama skuad Valencia bagi menghadapi Arsenal dalam pertembungan Liga Europa awal pagi esok.


Unai Emery bersama pemain-pemainnya akan bertandang ke Mestella awal pagi esok dalam usaha memastikan kemaraan skuad Arsenal ke pentas final tidak tergugat.

Beraksi dilaman lawan menentang Valencia dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Europa dengan bekalan 3-1 hasil keputusan perlawanan pertama di Emirates, sudah pasti ianya bukanlah sesuatu yang selesa dan mudah buat skuad Emery.

Lebih-lebih lagi, Valencia sudah tentu berharap dapat mengambil inspirasi dari kejayaan Liverpool dan Tottenham apabila mereka menghadapi Arsenal dilaman sendiri.

Dan akhbar Sepanyol, AS telah memberikan formasi dan kesebelasan ramalan Los Ches dan mereka menjangkakan Marcelino akan membentuk formasi 4-4-2.

Neto dijangka bermula untuk mengawal gawang gol Valencia dengan Ezequiel Garay dan Gabriel Paulista di hadapannya pada pertahanan tengah.

Mereka berdua (Garay dan Paulista) akan ditugaskan untuk mengawal dan menghentikan pergerakan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.


Manakala Jose Luis Gaya dan Cristiano Piccini dijangka bermula di pertahanan kiri dan kanan.

Dan kembalinya Francis Coquelin yang sembuh dari kecederaan akan memberi Valencia sedikit kekuatan kerana bekas pemain Arsenal itu dapat bergandingan bersama Daniel Parejo di bahagian tengah.

Gonçalo Guedes dijangka bermula di sayap kiri, sementara Carlos Soler bersedia bermain di sebelah kanan.

Pengendali Valencia, Marcelino mungkin masih memikirkan siapakah yang layak untuk bergandingan bersama Rodrigo, sama ada Santi Mina, yang menjaringkan gol ketika berdepan Huesca, ataupun Kevin Gameiro yang lebih berpengalaman.

Namun AS telah memilih Gameiro untuk bergandingan bersama Rodrigo dan Mina mungkin akan digunakan sebagai pemain gantian pada perlawanan yang akan dilangsungkan pagi nanti (esok), jam 3.00 pagi waktu Malaysia.


Post a Comment

Previous Post Next Post