Amaran Wenger mengenai Liverpool dan suasana di Anfield kepada Barcelona

BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger telah memberikan amaran awal kepada Barcelona mengenai aksi kedua saingan Liga Juara-Juara peringkat separuh akhir menentang Liverpool.



Awal pagi tadi, pasukan Liverpool berjaya melangkah ke peringkat akhir setelah menewaskan Barcelona secara aggregate 4-3.

Terdahulu pasukan pelawat (Barcelona) hadir ke Anfield dengan bekalan yang dianggap selesa selepas memenangi perlawanan pertama di Camp Nou dengan keputusan 3-0.

Namun bekalan tersebut nyata belum memadai dan belum mampu menjamin untuk membawa mereka ke peringkat akhir setelah Liverpool berjaya menjaringkan empat gol tanpa bolos, sekaligus menyingkirkan juara 2011.

Arsene Wenger pada 2 Mei lalu pernah memberi amaran kepada Barcelona mengenai perlawanan kedua yang bakal berlangsung di Anfield.

Menurut Wenger, atmosphere ataupun suasana di Anfield merupakan sesuatu yang berbeza dan merupakan paling 'panas' di Eropah.

Dan itu menjadi aset utama Liverpool serta saingan peringkat Eropah nyata sangat berbeza buat pasukan Inggeris itu dalam soal prestasi persembahan.


"This is the most heated stadium in Europe in a return game. That's the only place you don't want to go is to Anfield because the atmosphere. Everything is special there." - Arsene Wenger

Ternyata apa yang diperkatakan Wenger itu adalah benar dan Barcelona jelas tenggelam di Anfield awal pagi tadi.

HIGHLIGHT PERLAWANAN

Post a Comment

Previous Post Next Post