Malaysia 0-2 Arsenal

19 MEI 1999 merupakan tarikh dimana Arsenal beraksi buat kali ketiga di bumi Malaysia selepas kali pertama pada 11 Mei 1975 dan kedua pada 13 Mei tahun yang sama.

Selepas tewas 2-0 pada pertemuan pertama dan seri 1-1 pada perlawanan kedua, skuad Arsenal dibawah kendalian Arsene Wenger hadir di bumi Malaysia dengan nama-nama besar.

Seakan tak ingin dimalukan sekali lagi, Wenger membawa barisan kuat Arsenal untuk menghadapi perlawanan persahabatan ketika itu.

Nama-nama besar seperti David Seaman, Tony Adams, Patrick Vieira dan Emmanuel Petit serta beberapa nama lain dibawa beraksi kali ini bagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia XI yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perlawanan yang dilangsungkan di stadium kebanggaan Malaysia itu dibanjiri seramai 60,000 penonton, bagaimanapun menyaksikan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim gagal membendung asakan The Gunners apabila dua bintang Perancis, Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit masing-masing menjaringkan satu gol untuk perlawanan berkesudahan 2-0 memihak kepada Arsenal.

Separuh masa pertama menyaksikan skuad Malaysia masih utuh mengawal kubu daripada dibolosi namun jaringan Anelka pada minit ke-54 merencatkan sedikit fokus pemain Malaysia sebelum Petit melengkapkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-67.

AWan Rohaimi dan Steve Bould.
Walaupun tewas, Yap Wai Loon dan Azmin Azram Abdul Aziz tetap menerima pujian pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Dan gandingan penyerang Malaysia, Azman Adnan dan Zami Mohd juga harus dipuji kerana masih mampu menguji David Seaman beberapa kali melalui percubaan yang dilakukan pada perlawanan tersebut.

Senarai Pemain Malaysia: Azmin Azram Aziz, Abdul Ghani Malek, Anuar Jusoh, (Idris Karim), Moey Kok Hong (Syamsul Amri Bakar), V. Thinagaran, M. Elangoo, Yap Wai Loon (Nazri Yunos), B. Rajnikandh, Ahmad Shahruddin Rosli, Azman Adnan, Zami Mohamed Noor (Wan Rohaimi Wan Ismail). 
Jurulatih: Abdul Rahman Ibrahim.

Senarai Pemain Arsenal FC: David Seaman (John Lukic), Tony Adams (Martin Keown), Steve Bould, David Grondin, Gillies Grimandi, Patrick Viera, Ray Parlour (Luis Boa Morte), Emmanuel Petit, Marc Overmars (Kaba Diawara), Nwankwo Kanu, Nicolas Anelka. 
Pengurus: Arsene Wenger.

Pengadil: Kim Young Joo (Korea Selatan).

Rekod pertemuan Malaysia menentang Arsenal:
  1. 1975 : MENANG - Malaysia (2) vs Arsenal (0)
  2. 1975 : SERI - Malalysia (1) vs Arsenal (1)
  3. 1999 : KALAH - Malaysia (0) vs Arsenal (2)
  4. 2011 : KALAH - Malaysia (0) vs Arsenal (4)
  5. 2012 : KALAH - Malaysia (1) vs Arsenal (2)

Post a Comment

Previous Post Next Post