Arsenal salah satu daripada dua kelab sedia tebus klausa pelepasan pemain AS Roma, Manolas

MINAT pengendali Arsenal, Unai Emery dapat difahami untuk mendapatkan pertahanan tengah AS Roma, Kostas Manolas.

Khabar angin yang mengelilingi masa depan Kostas Manolas sangat 'merimaskan' kerana pemain itu boleh meninggalkan Stadio Olimpico musim panas ini dengan cara menebus klausa pelepasan kontrak yang bernilai € 36 juta, tanpa perlu berunding bersama kelab (Roma). 

Dan setakat ini masih sukar untuk melihat Arsenal untuk melakukan perkara tersebut (menebus klausa pelepasan pemain), berdasarkan dana perpindahan yang dimiliki Unai Emery.

Jika sebelum ini, Manchester United telah dilaporkan berminat untuk mendapatkan Manolas, namun kini ianya adalah Arsenal yang menjadi kelab paling konsisten dikaitkan dengan pemain antarabangsa Greece itu.

Ini adalah kerana The Gunners dilihat terdesak untuk menguatkan barisan pertahanan selepas prestasi buruk serta memaparkan beberapa kelemahan sepanjang kempen 2018/19 pada bahagian pertahanan.

Selain nilai untuk mendapatkan pemain itu dianggap murah pada pasaran perpindahan ketika ini, pemain pertahanan Roma itu juga merupakan seorang pertahanan yang berpengalaman dan sebab itulah Unai Emery dipercayai menjadikan Manolas sebagai salah seorang pemain yang menjadi sasarannya untuk jendela perpindahan nanti.

Menurut laporan Il Messaggero pada hari Jumat, Arsenal tetap menjadi salah satu daripada dua pasukan sedia menebus klausa pelepasan Manolas, bersama Juventus pada musim panas ini.

Memandangkan musim Serie A masih belum berakhir, dengan satu-dua perlawanan lagi akan dimainkan, ia tidak akan mengejutkan untuk melihat The Gunners menunggu sehingga kempen pemain berakhir sebelum membuat sebarang langkah mendapatkan Manolas demi menghormati serta tidak mengganggu fokus pemain itu.

Lagipun, tiada rundingan yang diperlukan, hanya perlu membayar €36 juta (kira -kira £31.6 juta), dan Arsenal boleh terus ke rundingan peribadi bersama pemain itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post