Mengarut! Jika benar tindakan Arsenal ini, pasti amat merugikan.

RUMORS Arsenal mahukan bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha memasuki babak baru.



Selepas kecoh laporan mengatakan bahawa Arsenal dan beberapa kelab lain berminat mendapatkan Zaha, Crystal Palace selaku majikan pemain itu menetapkan nilai sebanyak £100 juta sebagai syarat utama untuk mereka melepaskan pemain itu.

Dan terkini, menurut laporan, Arsenal dilaporkan sedia membuat tawaran pertukaran pemain untuk menandatangani bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha.

Amat mengejutkan seandainya laporan yang dibuat The Sun itu adalah benar dimana Arsenal bersedia untuk menawarkan Calum ChambersReiss Nelson ataupun Carl Jenkinson serta wang tunai dalam perjanjian untuk menandatangani Zaha.

The Gunners, tidak dinafikan sememangnya memerlukan pemain berkaliber untuk menguatkan lagi bahagian sayap dan Zaha pula boleh dikatakan calon yang sesuai memandangkan pemain itu memahami kehendak liga Inggeris.

Tambahan pula, Zaha sendiri secara jelas meluahkan kepada Palace bahawa beliau mahu meninggalkan Selhurst Park pada musim panas ini, menyebabkan rumor perpindahan ini semakin menarik untuk dilaporkan.

Penyerang Ivory Coast itu dianggap sebagai pemain 'homegrown' dalam Liga Perdana dan pastinya sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mana-mana kelab Inggeris untuk mendapatkan beliau.

Ketika ini, Arsenal dilaporkan hanya memiliki dana perpindahan sekitar £40 juta dan akan diberikan dana tambahan sekiranya layak beraksi pada saingan Liga Juara-Juara musim depan.



Emery berpeluang mendapat dana tambahan dengan cara menewaskan Chelsea di final Liga Europa yang akan diadakan di Baku pada penghujung bulan ini.

Begitupun, dana tambahan tersebut mungkin meningkat menjadi sekitar £75 juta ke £100 juta sahaja.

Dengan nilai Zaha yang mencecah £100 juta, adalah mustahil untuk Emery membelanjakan serta menghabiskan dana tersebut untuk mendapatkan seorang pemain sahaja.

Lebih-lebih lagi, barisan pertahanan Arsenal ketika ini dilihat perlu mendapat perhatian lebih, dengan membawa masuk beberapa pemain.

Menurut laporan The Sun itu, Emery bersedia untuk menawarkan Chambers, Nelson atau Carl Jenkinson dalam sebarang perjanjian untuk menandatangani pemain sayap itu.

Dan pengendali Arsenal itu juga dipercayai menantikan saat-saat akhir untuk bertindak membuat tawaran mendapatkan Zaha kerana percaya bahawa Palace sedia menurunkan harga permintaan mereka serta tawaran tersebut turut melibatkan dengan penukaran pemain.

Alasan itu dipercayai setelah Liverpool dan Manchester City tidak lagi berminat mendapatkan Zaha, sementara Chelsea pula dihantui dengan larangan perpindahan untuk dua jendela perpindahan.

Manchester United tidak mungkin bertindak untuk mendapatkan Zaha memandangkan mereka pernah memiliki pemain tersebut dan jelas Zaha tidak gembira bersama mereka sebelum ini.

Ini bermakna Arsenal mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan pemain itu, cuma halangan utama adalah nilai perpindahan sahaja.

Pun begitu, tindakan untuk melakukan pertukaran pemain dan ditambah wang tunai bagi mendapatkan Zaha dilihat sesuatu yang kurang bijak.

Arsenal memerlukan skuad depth yang besar musim depan bagi memberi cabaran serta mengembalikan kegemilangan kelab.

Sudah tentu ianya amat merugikan seandainya Arsenal berbelanja mewah dan membuang pemain demi seorang pemain sahaja dibawa masuk.

Adakah anda bersetuju dengan tindakan ini? 

Post a Comment

Previous Post Next Post