Dari Jerman: Perpindahan kemungkinan Arsenal dan pemain lain yang dikaitkan dengan The Gunners.

BILD telah menerbitkan sebuah artikel mengenai kisah pemain Borussia Dortmund yang mungkin dilepaskan dan ia menyebabkan kekecohan di kalangan peminat Arsenal.

Ini kerana disebalik laporan mengenai kemungkinan Abdou Diallo meninggalkan kelab Jerman itu,  Bild juga menyentuh kepentingan kelab Perancis dengan mereka mengatakan:

Lyon adalah calon  'terbaik' untuk menandatangani Diallo kerana mereka pernah mencuba pada musim lalu dan kini merupakan percubaan kedua mereka (Olympique Lyon) untuk menandatangani pemain tersebut.

Dan perkembangan itu disokong dengan Lyon kini memiliki kelebihan selepas penjualan Tanguy Ndombele dengan nilai sebanyak €62 juta (£55.45 juta) ke Tottenham dan kemungkinan mampu menjual Nabil Fekir sebanyak £30 juta kepada Arsenal.


Perpindahan Fekir ke Arsenal? 
Kemungkinan besar? Ini mungkin Bild melihat laporan lain awal minggu ini dan melaporkannya yang akan menyebabkan keghairahan kepada peminat dan penyokong The Gunners.
Edisi L'Equipe dalam beberapa hari lalu melaporkan tidak banyak pertanyaan daripada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Fekir.

Malahan pemain itu juga dikatakan mahu melihat kesungguhan Arsenal dan menanti tindakan selanjutnya yang bakal dibuat The Gunners dalam mendapatkan beliau.

Setakat ini, tiada laporan yang menyakinkan mengatakan bahawa Arsenal telah bertindak dalam memulakan langkah bagi mendapatkan pemain itu.

Bagaimanapun, Bild mempunyai satu lagi dakwaan menarik mengenai gossip perpindahan melibatkan The Gunners dalam artikel yang sama.


Dalam ulasan mereka yang membicarakan mengenai penjualan pemain pertahanan berusia 20 tahun, Dan-Axel Zagadou, mereka mendakwa pertahanan muda itu telah 'menggoda' kelab Liga Perdana Inggeris, lebih tepat lagi Arsenal.

Kali terakhir Arsenal dikaitkan dengan pemain ini adalah pada penghujung bulan lalu dan ianya tidak mengejutkan seandainya minat The Gunners terhadap pemain ini masih diteruskan (dilaporkan).

Post a Comment

Previous Post Next Post