Lucas Vazquez dilaporkan 'mempertimbangkan' tawaran Arsenal, keputusan sebelum Selasa depan.


CADANGAN Lucas Vazquez untuk 'menerima' Arsenal dan keputusan sebelum Selasa depan adalah senario yang ideal.


Real Madrid semakin sibuk dengan aktiviti jualan musim panas mereka dengan beberapa pemain dijangka meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Salah seorang daripada mereka mungkin Lucas Vazquez, dengan beberapa laporan daripada pelbagai sumber Sepanyol mengatakan bahawa minat serius Arsenal terhadap pemain itu.

Tindakan itu dikatakan didorong oleh Unai Emery, yang mana pengendali The Gunners yakin  bahawa Vazquez dapat menyertai pasukannya musim depan.

Walaupun pemain berusia 28 tahun itu dikatakan masih dalam pertimbangan Zinedine Zidane dan menyedari amat sukar untuk menempatkan dirinya bersama mereka, namun dia masih boleh mencari peluang ditempat lain dengan harapan ianya dapat membantu dirinya berada di dalam skuad kebangsaan Sepanyol untuk kejohanan Euro 2020.

Dua hari lalu, kami melaporkan dimana urusan perpindahan Vazquez ke Arsenal mungkin dapat diselesaikan dalam minggu depan.


Namun dalam laporan terkini sebagaimana dilaporkan oleh ABC semalam (Sabtu), mereka mengatakan Vazquez sedang mempertimbangkan tawaran dari Arsenal yang telah membida pemain itu dengan nilai  €33 juta, ditambah €5 juta sebagai bayaran bonus.

Lucas Vázquez studies a proposal by Emery to play at Arsenal, which would pay 33 million plus five bonus.
--ABC

Pengarah Real Madrid, Jose Angel Sanchez merupakan individu bertanggungjawab dalam mengendalikan sebarang urusan melibatkan tawaran untuk pemain kelab itu dan beliau perlu membuat keputusan dengan segera, sekurang-kurangnya perkara ini dapat diselesaikan sebelum berangkat ke Amerika Syarikat pada hari Selasa sebagai sebahagian daripada persiapan pra musim mereka.

The likes of Luka Jovic, Ferland Mendy and Eden Hazard are all ready to begin their careers at Los Blancos, and while the club's idea was to stage their pre-season preparations in Los Angeles, they will instead train in Montreal from July 9 to 20 at the express request of Zidane.
-- Marca.

Jadi tidak keterlaluan untuk mengatakan perkara ini harus diselesaikan Selasa depan dan kita bakal mengetahui kesudahan 'drama' perpindahan ini.

Dan adakah ianya juga bakal menamatkan kisah 'pemburuan' Wilfried Zaha yang terlalu 'mahal'?

Post a Comment

Previous Post Next Post