Kelab Turki berminat dapatkan Asano selepas disenaraikan untuk dijual.

HASRAT kita untuk melihat Takuma Asano beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris mungkin tidak kesampaian.



Ini kerana, menurut laporan Gunes dan Yahoo! JepunBesiktas telah mengenal pasti penyerang Arsenal, Takuma Asano sebagai sasaran yang berpotensi pada jendela perpindahan musim panas ini.

Petikan laporan Gunes.
Kelab Turki itu berupaya untuk membawa Asano musim depan selepas membenarkan Cyle Larin menyertai pasukan Belgium, Zulte Waregem dan penyerang 'backup', Mustafa Pektemek, telah menamatkan kontraknya bersama Black Eagles.

Ini meninggalkan pengurus Besiktas, Abdullah Avci dengan hanya memiliki Burak Yilmaz dan mendorongnya untuk melakukan pembelian pada jendela perpindahan musim panas ini.

Gunes mendakwa bahawa Arsenal telah meletakkan Asano pada senarai perpindahan dan Besiktas berminat untuk menandatangani pemain itu, namun pada harga rendah.



Menurut akhbar Turki itu, pengurus Arsenal, Unai Emery telah memasukkan Asano ke dalam skuad kem latihannya, tetapi penyerang Jepun itu diharapkan meninggalkan kelab itu setelah kembali dari tempoh pinjamannya bersama Hannover.
Selain itu, Besiktas juga ingin menandatangani pemain Jepun yang beraksi bersama Borussia Dortmund, Shinji Kagawa sebagaimana dilaporkan Gunes.

Namun terdapat juga laporan daripada Fotomac yang mengatakan bahawa kelab Turki itu berminat untuk meminjam sahaja pemain Dortmund itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post