Krystian Bielik Menyesal Tinggalkan Arsenal

Pemain pertahanan tengah Derby County, Krystian Bielik mengaku beliau seharusnya kekal di Arsenal pada musim panas lepas.

Bielik meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab Championship tersebut selepas dimaklumkan bahawa beliau tiada dalam perancangan pengurus semasa kelab, Unai Emery.

Ketika ditemubual oleh Sport.PL, beliau menyatakan keinginannya untuk terus kekal di kelab utara London itu dan berharap dapat kembali ke PL secepat mungkin jika mendapat peluang yang bagus.

KARIER KRYSTIAN BIELIK BERSAMA ARSENAL

Karier: Januari 2015 - Ogos 2019
Kelab lama: Legia Warsaw
No jersi: 37
Debut senior: lawan Sheffield Wednesday (Piala Liga, Oktober 2015)
Jumlah penampilan: 2

"Saya berharap saya boleh mendapat peluang bermain oleh Unai Emery, tetapi beliau menyatakan yang sebaliknya, tidak 'nampak' diri saya dalam perancangannya," kata Bielik.

"Saya mahu bermain dengan baik semasa dalam dalam perlawanan kelayakan EURO, berharap diperhatikan oleh banyak kelab. 

"Saya juga pernah menerima tawaran dari AC Milan sebelum kelab-kelab Championship, tetapi tiada susulan selepas itu.

"Saya sayangkan Arsenal dan sudah menjadi impian saya untuk bermain untuk kelab ini. Tetapi saya rasa perlu untuk beralih arah. 

"Saya hadir ke kelab Championship di mana saya akan bermain dan menimba pengalaman.

"Saya rasa saya sudah bersedia di PL pada musim hadapan andai saya dapat bermain dengan lebih kerap." kata pemain kelahiran Konin di Poland ini.

Bielik menyertai Derby dengan yuran perpindahan sekitar £7 juta dan terkejut beliau mempunyai nilai yang tinggi selepas bermain untuk kelab League One, Charlton Athletic pada musim lepas.

"Saya tidak sangka saya mempunyai nilai sebegitu. Sesetengah orang berkata nilai harga mungkin lebih tinggi, tetapi saya tidak pernah terfikir nilai saya sebanyak itu."

Kini, Bielik sudah bermain lima perlawanan untuk Derby County yang kini diuruskan oleh bekas pemain antarabangsa Belanda, Phillip Cocu.

Post a Comment

Previous Post Next Post