Cerita Matteo Guendouzi Mengenai Panggilan Pertama Skuad Senior Perancis

Matteo Guendouzi telah dipanggil oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps bagi menggantikan Paul Pogba yang telah menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Selepas memberikan permainan yang memberangsangkan untuk Arsenal pada bulan lepas, kini beliau berpeluang untuk membuat penampilan pertama skuad senior Perancis menentang Albania pada hari Sabtu atau Andorra pada hari Isnin nanti. 



"Saya sedang tidur apabila seseorang mengetuk pintu rumah saya. Saya tidak menjawab kerana sedang tidur. Kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada jurulatih,' katanya kepada FFF TV.

"Dia berkata, 'Saya yang sedang ketuk pintu ni.

Sudah tentu saya terus bangun dan membuka pintu.

Kemudian dia berkata, 'Mari sini Matteo. Kita perlu bercakap. Saya sukakan anda tetapi anda harus pergi.

Saya tanya apa maksud kamu saya perlu pergi?

Dia berkata, 'Sebenarnya kamu akan pergi menyertai skuad senior Perancis.'

"Pada mulanya saya langsung tidak mempercayainya. Saya sedang tidur 10 minit yang lalu, saya sangka saya masih bermimpi. Saya berborak dengan jurulatih dan dia menjelaskannya dengan sangat baik. Ianya seperti mimpi. Nasib baik saya sempat mandi!

"Satu kejutan yang besar untuk saya. Sesuatu yang menakjubkan. Memang impian saya sejak saya masih kecil. Saya fikir mana-mana pemain Perancis mahu bermain dalam skuad kebangsaan. Apa yang saya sudah lalui kini sangat menakjubkan. Saya adalah manusia paling gembira di dunia.

"Saya akan menyertai juara dunia dan ianya sungguh hebat. Saya akan belajar banyak benda dengan mereka, dengan kakitangan. Ini sesuatu penghargaan buat saya."

Sumber: Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post