Eddie Nketiah Gembira Terima Nasihat Untuk Tingkatkan Permainannya Daripada Ian Wright

Penyerang muda Inggeris, Eddie Nketiah mendedahkan beliau gembira dengan sikap mentor Ian Wright, yang sudah memberikan beberapa tips kepadanya ketika bermain di Leeds.

Nketiah antara pemain yang paling menyerlah dalam perlawanan-perlawanan pra-musim Arsenal, terutama menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Bayern Munich di Amerika Syarikat.

Kini bersama Leeds United, beliau sudah menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan.

Eddie semakin kerap berhubung dengan bekas penyerang Arsenal tersebut.

'Saya rasa kami mula berkomunikasi dengan lebih kerap sejak setahun lebih yang lepas. Beliau menghantar pesanan kepada saya, mahu mengetahui keadaan saya kini bersama Leeds.

'Ianya seperti mimpi menjadi realiti apabila salah seorang hero anda bercakap dengan anda. Ianya lebih kepada menonjolkan diri saya dan memberikan tips untuk menjadi seorang penyerang. Gayanya sangatlah ramah, memastikan saya sentiasa selesa.'

Wright berada di Elland Road pada bulan lepas dan dapat melihat Nketiah menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Brentford.

Pengurus Arsenal, Unai Emery mahukan pemain remaja ini kekal bersama the Gunners.

'Pengurus mahukan saya terus kekal di sini. Ianya memberikan semangat kepada saya kerana beliau sudah memasukkan saya ke dalam perancangannya,' tambah penyerang berusia 20 tahun ini.

'Datang ke Leeds merupakan satu langkah yang baik untuk saya. Saya berharap melalui tahun yang baik supaya saya akan berada di dalam keadaan yang baik untuk bersaing mendapatkan tempat selepas kembali ke Arsenal.

'Saya mempunyai banyak pilihan termasuk ke Jerman, tetapi saya bersama keluarga dan kelab telah membuat keputusan bahawa Leeds yang terbaik.'

Post a Comment

Previous Post Next Post