Aubameyang adalah salah seorang profesional terbaik yang pernah Mislintat bekerjasama.

BEKAS Ketua Pengambilan (Head of Recruitment) Arsenal, Sven Mislintat mendedahkan Pierre-Emerick Aubameyang merupakan salah seorang pemain profesional terbaik yang pernah beliau berurusan.

Aubameyang merupakan penerima terkini Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris bagi bulan September dan merupakan bintang paling menyerlah Arsenal setakat ini.

Beliau telah menjaringkan lapan gol dalam 10 perlawanan dan berada dalam senarai teratas bagi penjaring terbanyak liga ketika ini dengan mengumpul 7 gol untuk berada ditangga ketiga - (1) Tammy Abraham 10 gol dan (2) Sergio Aguero 8 gol.

Gol dijaringkan ketika menentang Newcastle, Burnley dan Aston Villa memberikan kemenangan kepada Arsenal manakala jaringan ketika menentang, Spurs dan Manchester United pula memberikan keputusan seri, dan dua gol menentang Watford memberikan Arsenal mendahului perlawanan 2-0, walaupun akhirnya hanya mencatatkan keputusan seri.

Serta, jaringan beliau ketika menentang  Frankfurt pada minit ke-88 boleh dianggap pelengkap sahaja memandangkan Arsenal sudah mendahului 2-0.

Pun begitu, gol jaringan beliau itu mungkin berguna pada masa hadapan kerana kedudukan di dalam kumpulan ini juga dipengaruhi serta diputuskan berdasark rekod pertemuan 'head-to-head'.

Prestasi Auba di atas padang pernah dikritik oleh sebahagian pemerhati bolasepak, begitu juga dengan sikapnya yang terkenal dengan kereta dan pakaian mewah.

Bagaimanapun Sven Mislintat menafikan pengkritik tersebut dengan menyifatkan Auba seorang pemain yang menepati ciri-ciri profesional dan menunjukkan kewibawaan ketika berada di padang latihan mahupun ketika beraksi dalam perlawan sebenar. 

"Di dalam bilik persalinan, ia adalah cerita yang sama sekali berbeza," kata Mislintat (via The Athletic). 

"Dia tidak sombong atau angkuh. Bagi saya, tanpa keraguan, dia adalah salah seorang profesional terbaik yang pernah saya bekerjasama.

"Dia seorang pemain yang bekerja keras, seorang atlet yang hebat. Dia sentiasa tersenyum. Dia menjaga pemain muda. 

"Dia adalah pemimpin yang tenang tetapi dia benar-benar seorang pemimpin. Dia kelakar. Terdapat sinar jika dia beraksi.

"Jika anda dapat membaca dan melihat kualiti dan keperibadian Auba, anda akan mendapat segala-galanya daripada dia dan kelab anda akan memenangi lebih banyak perlawanan."

Mengenai tindakan Auba yang menyerahkan sepakan penalti baru-baru ini kepada Nicolas Pepe, Mislintat menegaskan bahawa ciri-ciri berpasukan yang dipamerkan penyerang itu jelas mengatasi kepentingan dirinya sendiri.

"Dia adalah satu, mungkin satu-satunya, penyerang utama, 'top', 'top', 'top stiker' yang merupakan pemain berpasukan yang pasti," kata Mislintat.

"Penyerang seperti Neymar atau (Sergio) Aguero, misalnya, tidak akan memberikan penalti kepada Pepe untuk menjaringkan gol pertamanya.

"Begitu juga sebaliknya - ‘Ahhh, aku akan mengambil sepakan penalti ini, tiada orang lain lagi!’ Auba memberi peluang kepada Pepe. Naluri beliau adalah, 'Jom jaringkan gol dan marilah kita mara bersama-sama' Dia mengambil berat tentang rakan sepasukannya. "

Post a Comment

Previous Post Next Post