Patrick Vieira akui berminat mengendalikan Arsenal dan pada peringkat tertingi.

BEKAS pemain dan kapten pasukan Arsenal, Patrick Vieira mengakui bahawa beliau berminat untuk mengedalikan Arsenal.

Patrick Vieira menghabiskan sembilan musim bersama Arsenal setelah meninggalkan AC Milan pada Ogos 1996.

Beliau kemudiannya meninggalkan The Gunners untuk menyertai Juventus pada 15 Ogos 2005 dan menurut laporan (Daily Mail), Arsene Wenger terpaksa melepaskan kapten pasukan itu demi memberi peluang untuk membentuk karier kapten pasukan baharu, Cesc Fabregas.

Keputusan itu dibuat Wenger kerana Viera mampu berganding bersama Gilberto namun gagal ketika digandingkan bersama Fabregas.

Manakala gandingan Fabregas bersama Gilberto tidak menghadapi sebarang masalah dalam formasi asas 4-4-2 yang digunakan Wenger ketika itu.

When Cesc Fàbregas was 18, 19, I would play him in a 4–4–2 with Patrick Vieira and I saw it did not work. Then I had the decision to make about letting Patrick go, because Gilberto Silva and Vieira worked, Fàbregas and Silva worked, but I could not play Fàbregas and Vieira. But Fàbregas was 19 and if he did not play I knew he would want to go, so we risked destroying everything, all the work we had put into this player.
-- Arsene Wenger

Vieira akhirnya menamatkan karier selaku pemain bolasepak bersama Manchester City yang disertainya pada 8 Januari 2010 dan hanya bermain untuk tempoh semusim bersama kelab Inggeris itu.

Sebelum itu, beliau menyertai Inter Milan untuk tempoh empat tahun bermula 2006.

Karier
Tahun Kelab Penampilan
1994–1995 Cannes 49
1995–1996 Milan 2
1996–2005 Arsenal 279
2005–2006 Juventus 31
2006–2010 Inter Milan 67
2010–2011 Manchester City 28
JUMLAH 456

Selepas bersara (Julai 2011), beliau kemudiannya menceburi bidang kejurulatihan apabila bertindak selaku individu yang bertanggungjawab dalam membangunkan bakat-bakat muda Manchester City dengan jawatan sebagai Eksekutif Pembangunan Bolasepak.

Pada bulan Mei 2013, Vieira telah dilantik sebagai pengurus pasukan simpanan dan pembangunan elit kelab tersebut.

Dua tahun kemudian (Mei 2015) beliau telah menghadiri temuduga untuk menjadi pengurus baharu Newcastle United, namun gagal mencapai kesepakatan diantara kedua-dua pihak.

Namun beliau mendapat peluang terbaik dalam menimba ilmu sebagai pengurus apabila mengendali skuad New York City pada Januari 2016 sebelum menjadi pengurus kelab Perancis, OGC Nice pada 11 Jun 2018.

Walaupun pada satu ketika kita semua merasakan bahawa beliau adalah antara calon terbaik untuk menggantikan Wenger, namun Arsenal akhirnya memilih Unai Emery selaku pengganti dan Vieira pula kembali ke Perancis bersama Nice.

Secara jujurnya, penulis merasakan lebih seronok untuk melihat bekas pemain Arsenal yang menguruskan kelab berbanding Emery.

Pun begitu, Vieira memilih laluan yang dianggapnya adalah tepat dalam membentuk dirinya selaku pengurus pasukan.

Pengalaman yang diperolehinya di Manchester City dan New York City dipraktikannya bersama Nice namun berharap serta menyimpan cita-cita untuk menjadi pengurus kepada pasukan yang pernah diwakilinya sama ada di Itali ataupun di England.

I want to take my time to get there, but I would love one day to manage one of the teams I played for in Italy or England.
--  Patrick Vieira via Daily Mail (27 Mei 2019).

Malah dalam perkembangan terkini, beliau mengakui bahawa berminat untuk mengendalikan bekas pasukan yang pernah diwakilinya, Arsenal sebagai mana dilaporkan Le10Sport.

After having studied in New York City, Patrick Vieira landed at OGC Nice in 2018. Coach of Eagles who have entered a new cycle with the arrival of Jim Radcliffe to the club, Vieira would still have great ambitions for his coaching career and would not rule out the possibilities of one day coaching Arsenal or the Team of France.

"Jika impian saya menjadi jurulatih Arsenal atau Perancis?," kata Vieira ketika ditanya oleh Le10Sport.

"Ya, seperti mana-mana pemain, apabila kita melakukan pekerjaan ini, kita mahu mencapai tahap yang sangat tinggi. 

"Tetapi tahap yang tertinggi saya boleh capai ketika ini bersama OGC Nice, dari saat kita memberi diri kita untuk berjaya dan dari saat kita bekerja cukup konsisten.

"Tetapi kami melakukan tugas ini dan saya melakukan tugas ini untuk suatu hari nanti menjadi jurulatih pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara."

Adakah anda merasakan Vieira mampu mengendalikan Arsenal dan membawa pasukan ke saingan elit Eropah?

Post a Comment

Previous Post Next Post