THE GUNNERS dilaporkan telah membuat tawaran berjumlah sekitar € 60 juta pada musim panas baru-baru ini untuk mendapatkan pertahanan RB Leipzig.
Namun tawaran tersebut ditolak kelab Jerman itu kerana dikatakan terlalu rendah daripada nilai sebenar pemain itu.
Pun begitu, Arsenal mampu mendapatkan pemain itu sekiranya mereka menawarkan perkara yang sama sekali lagi.
Kicker edisi minggu ini sekali lagi melaporkan mengenai percubaan Arsenal untuk menandatangani Dayot Upamecano pada jendela perpindahan musim panas.
Ini dinyatakan bahawa The Gunners telah mengemukakan tawaran 'sekitar €60 juta' bagi mendapatkan pertahanan dari RB Leipzig.
Laporan Kicker minggu ini mengenai Dayot Upamecano dan Arsenal |
Namun jumlah itu tidak mencukupi, dengan ianya dijelaskan oleh Kicker bahawa klausa pelepasan pemain tersebut semakin menurun dan ini bermakna jumlah yang ditawarkan Arsenal sebelum ini akan menepati jumlah klausa pelepasa Upamecano pada musim panas akan datang.
Majalah Jerman itu mengatakan Football Leaks telah mendedahkan Upamecano mempunyai klausa pelepasan sebanyak €100 juta pada jendela perpindahan musim panas 2018 dan nilai tersebut dilaporkan telah ditetapkan mengalami penurunan sebanyak €20 juta setiap tahun.
Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Emery membatalkan hasrat beliau untuk mendapatkan pemain ini selepas mengetahui nilai pelepasan pemain itu mengatasi kemampuan berbelanja Arsenal yang bernilai €100 juta.
Ini bermakna tawaran Arsenal sebanyak € 60 juta itu berada dibawah nilai pelepasan Upamecano yang mempunyai klausa sebanyak € 80 juta pada musim panas tahun ini (2019).
Dan nilai pelepasan Upamecano bakal menjadi € 60 juta pada jendela perpindahan musim panas tahun depan.
Arsenal mampu mendapatkan pemain itu sekiranya mengulangi tawaran yang sama dibuat sebelum ini, jika benar-benar mahukan Upamecano musim depan.
Dayotchanculle Upamecano, pertahanan tengah berusia 20 tahun adalah pemain bolasepak profesional Perancis yang kini bermain bersama RB Leipzig. |
Unai Emery terpaksa batalkan hasrat untuk beli pemain pada Januari ini selepas ianya… https://t.co/9oH9iup3bV— MyGooners (@MyGooners1886) October 16, 2019
Dan nilai pelepasan Upamecano bakal menjadi € 60 juta pada jendela perpindahan musim panas tahun depan.
Arsenal mampu mendapatkan pemain itu sekiranya mengulangi tawaran yang sama dibuat sebelum ini, jika benar-benar mahukan Upamecano musim depan.
Walaubagaimanapun dakwaan Kicker yang mengatakan klausa pelepasan Upamecano bakal menjadi € 60 juta pada musim panas akan datang, ianya bercanggah dengan apa yang didakwa SportBild awal bulan ini.
SportBild mendakwa bahawa klausa pelepasan Upamecano akan menjadi € 80 juta pada musim panas akan datang.
Bagaimanapun L'Equipe (sehari sebelum BildSport melaporkan) juga mendedahkan bahawa klausa pelepasan Upamecano menyamai apa yang didakwa Kicker, dengan klausa tersebut akan menjadi € 60 juta pada musim panas depan.
Mungkin terdapat kekeliruan mengenai klausa pelepasan tersebut dan mungkin juga penurunan klausa pelepasa Upamencano bergantung kepada tarikh-tarikh tertentu yang masih tidak diketahui setakat ini.
Pun begitu, RB Leipzig dilaporkan berusaha untuk mengekal pemain itu dengan menawarkan kontrak baharu bagi melindungi mereka daripada klausa pelepasan tersebut.
Upamecano menyertai kelab Jerman itu dari Valenciennes FC pada 13 Januari 2017 dan kontrak beliau bakal berakhir pada Jun 2021.
Perkembangan terkini menyaksikan beliau tidak berhajat untuk menandatangani perjanjian baharu bersama RB Leipzig.
Dan ini mungkin menyebabkan kelab Jerman itu akan melepaskan beliau pada musim panas depan sekiranya gagal mencapai perjanjian bersama pemain itu.
Nilai pasaran semasa Upamecano ketika ini adalah sekitar € 40 juta ( £34.5 juta).
Laporan SportBild awal bulan ini (1 Oktober 2019). |

🇩🇪📰 | #AFC— afcSource™ (@afcSource) October 17, 2019
Arsenal defensive target Dayot Upamecano is unlikely to consider signing a new deal with RB Leipzig in order to force his way out of the club next summer. [@kicker via @footyinsider247] 🥈 pic.twitter.com/aeCmZErlxy
Dan ini mungkin menyebabkan kelab Jerman itu akan melepaskan beliau pada musim panas depan sekiranya gagal mencapai perjanjian bersama pemain itu.
Nilai pasaran semasa Upamecano ketika ini adalah sekitar € 40 juta ( £34.5 juta).
Aksi-aksi Upamecano
Upamecano is the best press resistant CB in the world. Multi-dimensional in possession with the ability to break the oppositions defensive lines either by accurate passing, or dribbling himself out of trouble. Ball manipulation of the highest calibre. #Upamecano2020 💉💉 pic.twitter.com/jUvvqRqO03— Doug (@DougTheGooner) October 10, 2019