Jurgen Klopp puji Pengarah Teknikal Arsenal, Edu Gaspar.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp memuji Pengarah Teknikal Arsenal untuk pemain yang ditandatanganinya.



Minggu lepas, selepas pertembungan Piala EFL melawan Arsenal, Jurgen Klopp telah memberikan pujian besar kepada Gabriel Martinelli, dengan menyifatkan pemain muda itu sebagai pemain berbakat pada abad ini.
Pujian tersebut menerima liputan besar di Brazil sepanjang hujung minggu, kerana ianya begitu bermakna buat pemain muda itu yang mana potensinya diakui oleh pengurus seperti Klopp.

Esporte Interativo berjaya membuat temubual eksklusif bersama pengendali Jerman itu dan selain daripada beberapa soalan mengenai Liverpool, mereka sekali lagi bertanyakan kepadanya mengenai Martinelli.

"Ia bukan dalam perlawanan ini sahaja. Saya fikir saya telah menonton ... Saya menonton banyak bolasepak [perlawanan]. Jadi saya melihat perlawanan Liga Europa Arsenal, jadi ... dia berusia 18 tahun, kan?

"Kita semua mempunyai jabatan pencarian bakat di seluruh dunia dan perkara seperti ini.

"Tetapi saya fikir Edu mendapat semua kredit untuk menandatangani pemain itu.

"Dia datang dari mana sahaja dan benar-benar sukar dipercayai. Masih muda, kelihatan begitu matang, dia ancaman yang berbisa, kelihatan seperti pemain yang sangat baik.

"Saya tidak mahu meletakkan apa-apa bebanan di belakangnya dengan perkara ini, tetapi saya hanya suka pemain bolasepak yang baik dan jelas dia sangat bagus. "

Kelab yang dimaksudkan itu mungkin tidak begitu gembira dengan 'mana sahaja' yang dikatakan oleh Klopp dalam temubual itu, Martinelli adalah bekas pemain Ituano dan di situlah Edu membawanya menyertai Arsenal.


Berikutan komen pengurus Liverpool itu minggu lalu, wartawan Jorge Nicola membuat cerita yang mengatakan pemain itu dari Corinthians dan Palmeiras mempunyai peluang untuk menandatangani Martinelli pada masa lalu.

Manakala Ituano, di mana pemain itu bermain selama bertahun-tahun, tidak disebut dalam senarai yang dilaporkan itu.
Tindakan tersebut nyata tidak disenangi Ituano dan kelab itu telah mengicau semula (retweet) status wartawan tersebut dan memetik dengan berkata "Seorang wartawan lain yang mahukan penglihatan dan penonton menggunakan Corinthians dan Palmeiras dalam tajuk utama. Malangnya, itu bukanlah kewartawanan yang baik. "

Post a Comment

Previous Post Next Post