Mkhitaryan masih tidak mampu beraksi, kecederaan 'menjengkelkan' dalam musim penting buat AS Roma.

PEMAIN pinjaman Arsenal ke AS Roma, Henrikh Mkhitaryan mengalami kecederaan dan ianya tidak begitu disenangi oleh media Itali yang menyifatkan kecederaan yang dialami pemain itu 'menjengkelkan'.



Ketika pemain pinjaman dari Manchester United, Chris Smalling bersama AS Roma sedang menikmati hari-hari yang indah dan baik, Henrikh Mkhitaryan dari Arsenal pula mengalami sebaliknya.

Pun begitu, ianya bukanlah kesalahan Mkhitaryan sepenuhnya kerana ketika beliau mampu beraksi, dia telah mempamerkan aksi yang cukup baik buat kelab Itali itu.

Namun sayangnya ketahanan dirinya membatasi kehebatannya dipadang apabila mengalami kecederaan koyak tisu otot kakinya - 'tear in the abductor muscle'.

Kecederaan tersebut disifatkan 'menjengkelkan' dan 'mengganggu', seperti yang laporkan Il Tempo, pada penghujung bulan September ketika melawan Lecce.


Sejak itu, pemain antarabangsa Armenia itu tidak beraksi untuk Roma dan pasukan Itali itu perlu menunggu lebih lama kerana akhbar itu percaya Mkhitaryan masih jauh untuk pulih, sekurang-kurangnya lagi tiga minggu untuk mencapai kecergasan penuh.

Mereka menganggap pemain Arsenal ini kemungkinan akan kembali pada 24 November ini ketika Roma menentang Brescia, yang akan menjadikannya hampir dua bulan untuk kelab Itali itu tidak mampu menggunakan khidmat pemain ini.


Perkembangan itu juga sudah pasti akan menghalangnya daripada memperolehi momentum dalam permainannya, yang mempunyai tempoh setahun untuk 'menjual' dirinya bagi menarik perhatian Roma ataupun mana-mana kelab, selepas khidmat beliau tidak lagi diperlukan oleh pengendali Arsenal, Unai Emery.

Sementara itu, situasi Chris Smalling pula dilaporkan lebih baik dari Mkhitaryan kerana ketika ini masa depan pemain itu sedang dibincangkan mengenai potensi perpindahan tetap dan pemain Arsenal itu pula masih jauh untuk dibincangkan.

Sebelum diketepikan, pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan satu gol dan menghasilkan satu bantuan gol dalam empat penampilan, dan beliau berharap ini akan menjadi kecederaan pertama dan satu-satunya dalam kempen 2019-20.

Semoga cepat sembuh Mkhitaryan!

Post a Comment

Previous Post Next Post