Pemain Real Madrid, Vinicius Junior 'pekakkan telinga' terhadap minat Arsenal pada jendela perpindahan lalu.

PEMAIN muda Real Madrid 'pekakkan telinga' mengenai minat yang ditunjukkan Arsenal pada musim panas lalu, tidak mahu mendengar sebarang tawaran terhadapnya. 



Vinicius Junior hanya membuat penambilan terhad kepada sembilan perlawanan dalam saingan liga dan tiga lagi di Liga Juara-Juara pada musim debutnya bersama Real Madrid.

Pemain berusia 19 tahun yang bermain dengan Los Blancos didakwa menarik minat kelab-kelab Eropah lain seperti Arsenal dan Paris Saint-Germain, yang membuat pendekatan terhadapnya pada musim panas lalu.

Pada 4 September 2019, sebuah laporan dari laman web Brazil, UOL, menjelaskan juara Eropah 13 kali itu telah menolak cubaan The Gunners pada jendela perpindahan lalu.

Dan pada edisi hari Sabtu, portal sukan Sepanyol, AS sekali lagi menceritakan mengenai tindakan Real Madrid menolak mengenai pendekatan untuk pemain itu pada musim panas.


Dilaporkan bahawa pihak Unai Emery adalah salah satu kelab yang berminat untuk mendapatkan Vinícius, tetapi pemain itu hanya 'memekakkan telinga' terhadap usaha dan minat yang dibuat Arsenal.

Pemain Brazil itu dilaporkan bersikap terlalu negatif berhubung minat yang ditunjukkan daripada pasukan lain, yang mahukan khidmat dirinya pada musim panas lalu dan memilih untuk tidak mahu dimaklumkan mengenai tawaran yang dibuat pasukan lain kepadanya.

Huh! Sombong dan angkuhkan bunyinya.
Keadaan Vinícius tidak bertambah baik pada musim ini dan dia terhad kepada peranan sebagai pemain sokongan kepada pasukan Zinedine Zidane.

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
LaLiga 7 1 1 385'
Champions League 3 - - 4

Walaupun begitu, dia menolak untuk meninggalkan Real Madrid pada Januari depan, baik dari segi pinjaman mahupun berpindah secara kekal dan bertekad untuk berjaya di Real Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post