"Sukar untuk menerima" - Pengurus kecewa dengan keputusan melepaskan 'pemain terbaik' kepada Arsenal pada musim panas.

WALAUPUN mengharungi musim panas yang menakjubkan dengan aktiviti perpindahan, termasuklah menjual William Saliba ke Arsenal, Saint-Etienne bergelut untuk prestasi terbaik pada peringkat awal musim ini.

Pada satu ketika, kelab Ligue 1 itu berada ditangga ke-19 liga dan mereka memutuskan untuk menukar pengurus dan membawa Claude Puel, yang sebelum ini pernah mengendalikan Leicester City dan Southampton.

Rekod perlawanan Saint-Étienne musim ini (2019/20)
Perlawanan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Venue A H A A H A H A H A H
Keputusan M S K K S K K M M M S
Kedudukan Liga 5 6 14 16 15 17 19 19 13 10 12

Puel dibawa masuk ke Saint-Etienne pada 1 Oktober 2019 menggantikan Ghislain Printant dan berjaya memberikan nafas baru kepada kelab itu. 

Walaupun masih mengekalkan rekod tanpa kalah semenjak mengambil alih kelab tersebut, Puel tetap kecewa kerana menyedari bahawa beliau tidak mampu mengekalkan salah seorang pemain terbaiknya musim ini.

Dalam temu bual dengan L'Equipe, Puel ditanya tentang dasar pengambilan pemain di Saint-Etienne yang mana berkaitan membeli pemain yang berpengalaman daripada melabur untuk masa depan.

"Ini sudah selesai, saya tidak dapat mengatakan apa-apa kerana ia membantu prestasi kami." jelas Puel.

"Saint-Etienne telah meningkat naik kedudukan mereka beberapa tahun kebelakangan ini.

"Menamatkan persaingan di kedudukan keempat adalah hasil yang hebat. Kerja telah dilakukan dalam jangka singkat.

"Adakah model ini berdaya maju? Saya tidak fikir ia boleh menjadikan kelab itu berjaya.

"Daripada membeli pemain yang sudah mantap, saya lebih suka kita membelinya untuk membina dan membantunya berkembang.

"Sukar untuk menerima bahawa kami menjual pemain terbaik kami, seorang pemain muda, untuk membantu mengisi tabung.

"Apabila anda perlu menjual permata anda untuk memenuhi bajet dan kemudian melakukan plan jangka pendek untuk mengisi jurang, anda menjadi 'menentang pembangunan' ". jelas Puel sebagaimana dilaporkan L'Equipe.

L'Equipe semalam mengenai pendedaham Puel.
Puel ada 'point' untuk menjelaskan mengenai situasi pemain muda bersama kelab dalam membangunkan mereka apabila melihat kepada penjualan William Saliba ke Arsenal, yang mana The Gunners dengan 'senang hati' membiarkan pemain muda Perancis itu tinggal bersama pasukan Ligue 1 untuk tempoh satu tahun berbanding membawanya ke Emirates untuk segera memainkannya.


Sebaliknya, Unai Emery memutuskan untuk membawa David Luiz sebagai penyelesaian jangka pendek pada bahagian pertahanan dan berharap Saliba mempunyai musim yang hebat di bawah Puel untuk membantu dia bagi kempen 2020/21.

Bagi pengurus Perancis itu pula, beliau terpaksa membentuk pasukan tanpa pemain terbaik mereka musim ini bagi saingan musim hadapan dan sudah tentu sukar buatnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post