Martinelli setaraf Ronaldo dan lebih baik berbanding lagenda Brazil yang lain.

PENYERANG muda Arsenal, Gabriel Martinelli telah membuat permulaan yang sama dengan bintang terkenal Brazil, Ronaldo dalam pentas Eropah dan mengatasi lagenda lain negara tersebut.



Pemulaan yang menakjubkan Martinelli di Arsenal membuatkan media di negara asalnya, Brazil tidak melepaskan peluang untuk membicarakan kisah penyerang muda The Gunners ini.

Malah prestasi cemerlang ketika menentang Liverpool dalam saingan Piala Carabao, dengan dua gol dijaringkannya membuatkan media Brazil semakin teruja.

Matinelli ketika ini merupakan penjaring terbanyak bagi pemain muda di kalangan lima liga tertinggi Eropah.


Dan perkembangan itu membuatkan media Brazil mula membuat perbandingan mengenai prestasi permulaan pemain muda The Gunners ini dengan bintang-bintang negara itu yang telah berjaya dalam perlawanan permulaan mereka selepas berpindah ke Eropah.

Dua hari lalu, UOL membawa laporan dimana Martinelli yang telah menjaringkan tujuh gol dalam 400 minit pertamanya menyamai dan menandingi rekod terbaik yang dilakukan pemain lagenda mereka, Ronaldo Nazario ketika bersama PSV.

Ronaldo beraksi untuk PSV dari tahun 1994 sehingga 1996 sebelum berpindah ke Barcelona.
Kedua-duanya kemudian diikuti oleh pemain lagenda lain seperti Romario, Jardel dan Bebeto, semuanya dengan lima gol setiap seorang.
Careca dan Gabriel Jesus, yang membuat penampilan memukau di Manchester City pada 2017, menjaringkan empat gol setiap seorang.

Nama besar lain seperti Rivaldo dan Alexandre Pato hanya menjaringkan dua gol dalam 400 minit pertama mereka di Eropah, manakala Ronaldinho dan Neymar hanya mempunyai satu gol.

Itu menunjukkan betapa hebatnya Martinelli berada di awal penampilannya bersama The Gunners, walaupun beliau masih belum menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana, di mana dia bermain hanya selama 45 minit setakat ini.

Gabriel Martinelli menyertai Arsenal daripada kelab yang tidak beraksi dalam liga utama, Ituano pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan sekitar €6.7 juta.

Tujuh gol yang dicatatkan beliau setakat ini, tiga daripadanya dijaringkan dalam saingan Liga Europa dan empat gol dalam saingan Piala Liga.

Rekod penampilan Martinelli setakat ini bersama Arsenal.
Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 3 - - 45'
Europa League 2 3 1 180'
EFL Cup 2 4 - 180'
JUMLAH 7 7 1 405'




SUPEROU INÍCIO DE R10 E NEYMAR NA EUROPA 🚀⚽ ⠀⠀⠀ Gabriel Martinelli se sente em casa no Arsenal. O jovem de apenas 18 anos é um dos goleadores da equipe. Nesta quarta-feira (30), o ex-Ituano anotou dois gols no empate por 5 a 5 contra o Liverpool e fez jus à empolgação sobre o potencial novo artilheiro brasileiro na Europa: já são 7⃣ gols na temporada. Os sete gols nos primeiros 400 minutos de ação no continente simplesmente igualam o retrospecto de Ronaldo Fenômeno, por exemplo. Mas, mais que isso: o início avassalador ultrapassa nomes como Romário, Ronaldinho e Neymar. ⠀⠀⠀ A média impressiona, e os números brutos superam os apresentados pelo Ituano no Campeonato Paulista. Martinelli, que ganhou o prêmio de revelação do estadual, anotou seis gols e terminou como um dos vice-artilheiros do torneio. ⠀⠀⠀ Apenas o badalado Aubameyang, titular absoluto da equipe de Unai Emery, balançou mais as redes adversárias dentro nesta temporada (oito). ⠀⠀⠀ 📸: Arsenal
A post shared by UOL Esporte (@uolesporte) on

Post a Comment

Previous Post Next Post