Ketua kelab bolasepak tolak tandantangani pemain Arsenal, bimbang ianya lebih banyak melakukan 'kerosakan' pada kelab.

DALAM perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 diantara Arsenal menentang Crystal Palace di Emirates, Granit Xhaka telah di'boo' oleh penyokong sendiri. 



Repons ataupun tidak balas Xhaka terhadap tindakan itu menyebabkan beliau dikecam dengan lebih hebat dan teruk lagi.

Pemain dan juga kapten pasukan kebangsaan Switzerland itu telah menjadi salah satu topik perbincangan hangat dikalangan pundit dan pakar di England sejak beberapa hari lalu.

Pun begitu, Xhaka sebaliknya menerima sokongan daripada media di tanah airnya dan juga dari rakan senegara, termasuk Gelson Fernandes dan Bruno Berner.

Malahan rakan sepasukan Arsenal turut memberi sokongan terhadap kapten The Gunners ini.

Pemain berusia 27 tahun itu tiba di utara London dari kelab Jerman, Borussia Monchengladbach dan Pengarah Sukan kelab Bundesliga itu, Max Eberl telah memberi pandangan beliau mengenai kejadian itu.

"... Saya sangat simpati untuknya secara peribadi. Pada pandangan saya, ianya tidak dapat difahami." kata Eberl kepada Sportbuzzer.

"Bagi saya, ia benar-benar tidak dapat difahami, kerana saya tahu bahawa di England peminat sentiasa menyokong kelab dan pemain mereka, terutama kapten mereka. 

"Granit tidak pergi ke [Arsenal] untuk apa-apa, tetapi kerana dia seorang profesional terkemuka. Pemain emosi yang memberikan segala-galanya untuk kelabnya. "

Xhaka menghabiskan masa empat tahun di Monchengladbach sebelum menyertai pasukan Liga Perdana dan Eberl juga ditanya sama ada pasukannya akan mempertimbangkan untuk membawa pemain itu kembali ke kelab Jerman itu.

"Sudah tentu, sebagai pemain, saya selalu memandangnya sebagai pemain yang hebat, tetapi sukar untuk mendapatkannya kembali" jelasnya.

"Bukan hanya dari segi kewangan, tetapi juga dari segi jangkaan.

"Pemain membangun dan berubah. Akhirnya, anda boleh melakukan lebih banyak kerosakan daripada yang anda boleh menang, jadi saya bukan peminat [pemain] untuk kembali. "

Unai Emery tidak menyenaraikan Xhaka dalam skuad The Gunners dalam kekalahan Piala EFL kepada Liverpool pada hari Rabu lalu dan turut dilaporkan tidak akan menurunkan pemain tersebut dalam aksi liga menentang Wolve malam ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post