Iklan raya platform perjudian atas talian cetus kemarahan.

Platform perjudian atas talian tempatan keluarkan iklan raya, sangat kurang ajar.

Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Itulah yang boleh diungkapkan tatkala menonton video promo Raya dari syarikat perjudian tempatan, GDBET333.

Iklan perayaan di Malaysia biasanya berunsurkan komedi dan mempunyai drama untuk menyampaikan mesej yang sesuai untuk musim ini. 

Perkara ini dapat kita saksikan sejak dari dulu lagi dengan kebanyakan syarikat tempatan menyukai trend menerbitkan kisah-kisah sedih, gembira dan meriah yang penuh dengan mesej menginsafkan.

Trend ini turut digunakan oleh syarikat perjudian atas talian tempatan, GDBet333 dalam promo raya yang dikeluarkan mereka minggu lalu.

Promo raya GDBet333 itu memaparkan ataupun mengisahkan seorang lelaki yang mengalami masalah kewangan di sekitar musim perayaan yang kemudian tiba di kampung halamannya dengan kereta baharu setelah memenangi ribuan ringgit melalui platform perjudian tersebut.

Ianya turut menggambarkan dimana bukan sahaja lelaki itu sahaja gembira, malah turut menggembirakan orang lain di kampung.

Iklan itu kemudian menunjukkan lelaki tersebut mempromosikan GDBet333 kepada keluarga dan rakan-rakannya dengan latar belakang yang menggunakan dialog ataupun kata-kata berbunyi: "GDBet333 ada, apa nak tunggu, marilah cuba, untung nasibmu, engkau berjaya, cuci semua, kemudian beraya."

Sejak video itu disiarkan, ia mendapat reaksi balas dari nitizen yang menyatakan bahawa iklan tersebut tidak sensitif terhadap muslim dan mungkin memperbodohkan beberapa muslim naif yang tidak menyedari bahawa iklan itu mempromosikan platform perjudian.

Seorang pengguna Twitter juga mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melihat iklan tersebut dan seorang pengguna Twitter yang lain mengatakan "Sangat membingungkan bahawa GDBet333 akan melakukan aksi seperti itu, sambil menyatakan kebimbangan bahawa individu yang terdesak mungkin tertipu atau tergoda untuk berjudi."

Lebih mengecewakan apabila melihat barisan pelakon yang terlibat, boleh dikatakan hampir keseluruhannya ada Melayu Muslim (walaupun ianya tidak pasti - harap maaf jika andaian penulis ini salah).

Hasil pencarian penulis dilaman youtube tidak lagi menemui iklan ini, namun masih terdapat beberapa iklan raya dari syarikat perjudian lain yang turut mempromosikan iklan raya mereka.






Post a Comment

Previous Post Next Post